Saingan Liga Indonesia yang akan bermula tidak lama lagi tampil dengan pelbagai persiapan baharu termasuk beberapa pemain import sudah pun menandatangani kontrak bersama kelab masing-masing.
Selain itu, setiap kelab yang bertanding juga tidak hanya memberi fokus kepada persiapan para pemain, sebaliknya mereka turut menekankan isu jurulatih serta teknikal untuk memberi gambaran lebih baik musim hadapan.
Terbaharu, dilaporkan bekas penjaga gol legenda Inter Milan iaitu Walter Zenga bakal menyertai salah satu kelab tempatan dalam saingan Liga Indonesia musim hadapan selaku Pengarah Teknikal.
Former Italian legendary goalkeeper Walter #Zenga will be the new Technical Director of Indonesian side @Persitajuara starting for July, 1st. ✅️🇮🇹
Indonesian Football Association President, Erik #Thohir wanted him to join and bring his knowledge and experience to the league.
— Gianluca Di Marzio (@DiMarzio) May 27, 2023
Kelab tersebut ialah Persita Tangerang dan khabar itu dinyatakan sendiri menerusi Wartawan Skysports iaitu Gianluca Di Marzio menerusi Twitter beliau sendiri semalam.
“Bekas penjaga gol legenda Itali iaitu Walter Zenga bakal menjadi Pengarah Teknikal kelab di Indonesia iaitu Persita Tangerang pada 1 Julai.
“Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir beliau menyertai pasukan itu bersama pengalaman serta ilmu kepada saingan liga tersebut,” kata Di Marzio.
Menurut laporan CNN Indonesia, penjaga gol legenda itu sebenarnya pernah hadir ke salah satu program kelolaan Persita Tangerang pada 28 Mac lalu bersama bekas pertahanan Portugal iaitu Abel Xavier selepas menerima undangan pasukan tersebut.
Kehadiran Zenga ketika itu kerana beliau terlibat dalam program pembangunan kelab tersebut pada masa hadapan dan dinyatakan sendiri oleh Presiden Persita Tangerang iaitu Ahmed Rully Zulfikar.
“Selaku presiden kelab, saya mempunyai visi yang sangat jauh untuk terus memajukan bola sepak Indonesia pada masa hadapan dengan lebih baik berbanding kini.
“Segala perbincangan yang dibuat saya bersama Zenga dan Abel yang merupakan legenda bola sepak dunia ini adalah berkenaan pembangunan bola sepak secara menyeluruh.
“Kami mahu sistem bola sepak di sini mengikut acuan seperti kelab Eropah dan kami perlu berfikir secara jangka masa panjang demi masa depan kelab,” jelas Ahmed Rully.
🚨 BREAKING 🚨
Legenda pesepakbola Italia, Walter Zenga dikabarkan bakal diangkat menjadi Direktur Teknik klub 🇮🇩Liga1, Persita.
Walter Zenga dikabarkan bakal dikontrak selama 2 tahun sebagai Dirtek Pendekar Cisadane [via @DiMarzio]
— . (@Indostransfer) May 28, 2023
Untuk rekod, Zenga pernah menguruskan beberapa pasukan elit di Eropah sepanjang karier beliau selepas bersara dalam dunia pemain bola sepak profesional.
Antara kelab yang sempat dikendalikan Zenga ialah Palermo, Wolverhampton Wanderers, Venezia, serta Cagliari serta mendapat beberapa kejuaraan sepanjang bergelar Pengurus.