Legenda England, Norman Hunter Mati Selepas Dijangkiti Coronavirus

Norman Hunter England

Legenda skuad England dan Leeds United, Norman Hunter telah meninggal dunia pada usia 76 tahun selepas seminggu terlantar di hospital akibat dijangkiti wabak coronavirus (Covid-19).

Bekas pemain pertahanan tengah yang mengumpul 28 penampilan bersama England dan juga sebahagian dari skuad juara Piala Dunia 1966 meninggal dunia di hospital selepas disahkan positif wabak berkenaan.

Leeds yang mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat melahirkan rasa sedih di atas pemergian ikon kelab tersebut menerusi akaun media sosial mereka.

“Norman telah dibawa ke hospital pada minggu lepas selepas beliau didiagnosis dengan virus Covid-19 dan sepanjang tempoh itu beliau bertarung penyakit tersebut.

“Petugas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan. Malangnya beliau tewas dalam pertarungannya pada pagi ini.

“Dilahirkan pada 29 Oktober 1943 di Eighton Banks, County Durham, Hunter telah berhenti sekolah pada usia 15 tahun untuk menjadi juruelektrik.

“Beliau bermain dengan Birtley Juniors sebelum bakatnya dikesan oleh Leeds dalam satu perlawanan percubaan dan ditawarkan tempat sebagai pekerja di kelab ini.

“Beliau mula membuat penampilan pertama berdepan Swansea Town ketika berusia 18 tahun pada 8 September 1962 dan membantu pasukan meraih kemenangan 2-0 dan itulah detik permulaan beliau menjadi pemain pertahanan tengah terbaik yang pernah dimiliki.

“Hunter telah membuat 726 penampilan untuk Leeds United sepanjang 14 tahun dan mendapat gelaran ‘Bites Yer Legs’.

“Beliau membantu Leeds bermula dari divisyen kedua sehinggalah pasukan ini muncul juara England sebanyak dua kali di samping menjualang kejuaraan Piala Liga 1968, Perisai Komuniti dan Piala FA 1972.

Beliau mempunyai 28 kaps bersama England dan merupakan anggota skuad juara Piala Dunia 1966 serta merupakan pemenang Pemain Terbaik Tahunan PFA pada 1974.

https://twitter.com/LUFCDATA/status/1251091307856003077?s=20

“Hunter meninggalkan Leeds untuk menyertai Bristol City pada 1976 dan kemudiannya menjadi pengurus di Rotherham United.

“Norman Hunter akan terus kekal sebagai ikon di Elland Road buat selama-lamanya. Legasinya tidak akan pernah dilupakan dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan beliau di atas saat-saat sukar ini.”

Kredit Foto: FA England

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Leeds United dan England:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN