Lagenda Dennis Bergkamp memang terlalu dekat di hati kita. Nama penuh beliau adalah Dennis Nicolass Maria Bergkamp. Lahir di Amsterdam, Belanda.
Karier awal
Pada awal karier,beliau merupakan anggota skuad emas Ajax dan mencatat 185 penampilan dan mencetak sebanyak 105 goal. Dari tahun 1986-93.
Seangkatan dengan Frank De Boer, Philip Cocu, Edgar Davids dan ramai lagi.
Pada tahun 1993, beliau telah merasakan diri beliau perlu mencari pengalaman baru dan beliau telah menerima pinangan dari gergasi Serie A iaitu Inter Milan sebanyak £7.1 juta.
Ketika di Inter Milan selama dua tahun beliau hanya mampu merekod 52 penampilan dan menyumbangkan gol sebanyak 11 gol sahaja.
Mungkin merasakan diri tidak sesuai disana. Beliau telah menyatakan hasrat untuk berpindah. Beliau kemudian menyertai Arsenal.
Era Arsenal
19 Ogos 1995, Dennis Bergkamp melakukan debut pertama bersama Arsenal.
Biarpun legenda Belanda itu belum serasi dengan bola sepak inggeris dan kurang bersinar dalam perlawanan pertama menentang Middlesbrough yang berakhir seri 1-1.
Non-flying Dutchman memerlukan tujuh aksi penampilan dalam liga untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak inggeris.
Gelaran Non-flying Dutchman ini dicipta peminat kerana Bergkamp yang ada fobia dengan kapal terbang.
Beliau mendedahkan, beliau bukan fobia dengan ketinggian tetapi beliau fobia dengan ruang sempit yang terkunci seperti bilik kecil yang tanpa tingkap atau pintu, lif. Anda boleh cari maklumat tentang claustrophobia.
Fobia itu semakin teruk selepas Piala Dunia 1994 selepas Bergkamp terpaksa terbang dalam kapal terbang kecil. Bergkamp cuba melawannya, namun gagal.
Berbalik kepada kisah di atas padang, dalam perlawanan liga ketujuh, beliau mencetak gol dalam kemenangan 4-2 atas Southampton. Ketajamannya pun mulai terasah sejak saat itu.
Bergkamp diletakan satu posisi di belakang penyerang Arsenal, Ian Wright, dan keduanya menjadi salah satu pasangan yang digeruni oleh bek-bek Inggeris.
Namun lebih dari itu, Bergkamp telah mengembalikan Arsenal ke masa jayanya. Skuad The Gunners sebelum ini telah di stereotaipkan sebagai pasukan pelengkap selama tujuh tahun.
Dua musim setelah Bergkamp hadir, nasib mereka berubah secara drastik. Arsenal menjadi Juara Liga Perdana Inggeris dan mulai menjadi pasukan pencabar kejuaraan yang paling ditakuti ketika itu.
Pelengkap kepada Henry dan falsafah Wengerball
Jika Thiery Henry menjadi simbol kegarangan Arsenal pada akhir 90an dan awal 2000an.
Bergkamp membangun kan formasi dan taktikal yang di acu oleh Arsene Wenger untuk menempa nama beliau sebagai salah seorang antara pengurus terbaik di England dan Dunia.
Anda pasti ingat dengan Wengerball? Wengerball dilengkapkan dengan aksi Bergkamp-Henry.
Dennis Bergkamp, telah menunjukan kepada dunia bola sepak Inggeris bahawasanya dalam bola sepak tiada istilah kick dan rush yang sememangnya terkenal pada masa itu.
Teknik yang sangat menggiurkan dan boleh menyebabkan semua lelaki di dunia jatuh cinta lagi sekali dalam permainan bola sepak.
Belum masuk lagi dengan cara mencetak gol yang seperti tidak pernah kita duga dalam kotak fikiran dan umpanan yang serupa penari balet yang sedang berentap di gelanggang tinju yang tidak sepatutnya beliau bertanding di situ.
Ya, susah nak gambarkan dengan kata-kata mahupun kacamata.
Musim terbaik beliau di Arsenal adalah ketika tahun 1997-98 iaitu menjadi juara berganda iaitu memenangi Piala FA dan Liga Perdana Inggeris dan menyumbangkan sebanyak 16 gol di liga.
Beliau bukan sahaja terkenal dengan jolokan sebagai pengumpan dan penjaring gol terbaik di dalam bola sepak Inggeris dan dalam skuad Belanda.
Dennis Bergkamp adalah raja di zon 14!
Beliau juga sangat popular dengan menjaringkan gol yang tidak dek masuk akal. Ini antara gol yang mungkin anda ingati:
https://www.youtube.com/watch?v=eVLRMWjHa0U
Ketika suku akhir Piala Dunia di Perancis beliau menerima umpanan dari jarak 40 meter jauhnya dari Frank De Boer dalam kotak penalti dan disambut baik oleh Bergkamp dan beliau telah memanipulasi bahagian benteng Argentina.
Dengan dua sentuhan mudah, beliau berjaya memperdayakan asakan dari Roberto Ayala dan menjaringkan gol untuk membawa Belanda ke pentas separuh akhir Piala Dunia.
Thiery Henry pernah mengiktiraf Bergkamp sebagai pasangan yang paling serasi di dunia. Henry berkata:
“Seorang yang tidak perlu banyak bicara tetapi anda hanya perlu menyaksikan beliau bermain, dan itulah Dennis.”
Bergkamp telah mencatatkan 411 penampilan buat Arsenal dan menjaringkan 120 gol. Pernah mendapat beberapa gelaran individu seperti PFA Player of the Year 1998 serta tempat ketiga di FIFA Player of the Year 1997.
Tidak dilupakan , sang penyerang ini juga menjuarai tiga Liga Perdana Inggeris (1998, 2002, 2004), 3 Piala FA (1998, 2002, 2003, 2005).
Beliau bersara di kelab yang beliau sayang iaitu Arsenal pada pada 2006.
Ya, itulah Dennis Bergkamp, ramai penyokong Arsenal yang memyaksikan aksi beliau buat Arsenal dahulu akan hanya mampu tersengih sahaj apabila melihat Olivier Giroud sebagai no.9 Arsenal pada hari ini.
Jika Henry adalah Raja Di Arsenal, Bergkamp adalah Artisan Diraja!
Nota Editor: Artikel Ini dipetik daripada Muhamad Azrin menerusi laman facebook Grandstand Kita. Jangan lupa, like dan follow page Grandstand Kita untuk informasi bola sepak global!
Baca juga: Paolo Maldini, Ikonik No.3 Dan Simbol Pemain Pertahanan Dan Terbaik Sepanjang Zaman