Legenda Bola Sepak Malaysia Puji Kualiti Arif Aiman Hanapi

Legenda bola sepak Malaysia iaitu Datuk Jamal Nasir Ismail tampil memberi pujian penuh akan mutu persembahan telah dipamerkan oleh bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi yang dianggap cukup menyakinkan.

Nama Arif Aiman bukan sahaja menjadi sebutan ramai sejak musim ini, malah beliau terus mengekalkan konsistensi selaku pemain paling bernilai sejak beberapa tahun lalu lagi.

Pada usia masih muda, pemain ini sudah pun membuktikan dirinya sebaris nama-nama besar lain di Malaysia termasuk di pentas Asia untuk dikenali ramai.

Sudah tentu Johor Darul Ta’zim (JDT) wajar diberikan kredit selepas usaha mereka untuk menaikkan bintang muda ini mencipta suatu fenomena menerusi impak di atas padang, serta kejayaan diraih beliau.

Malah legenda bola sepak iaitu Jamal Nasir sendiri mengakui kualiti dimiliki Arif dengan menyifatkan bintang muda itu setara atau melebihi pemain import JDT kini.

Tatkala posisi lain dilihat sengit untuk direbut pemain tempatan dan import dalam JDT, hanya bahagian sayap kanan dianggap bakal kekal menjadi miliki bintang muda Harimau Malaya itu buat masa sekarang atau hadapan.

“Dia pemain tempatan yang mempunyai kebolehan luar biasa. Memang dengan umur yang masih muda dia telah menunjukkan permainan yang baik dan boleh dikatakan setaraf atau lebih bagus daripada pemain import.

“Malah, dia juga mampu menyinar berbanding pemain import yang lain beraksi bersamanya dan ia sesuatu yang tidak ada kepada pemain tempatan lain di atas padang, katanya menerusi Sinar Harian.

Rekod semasa musim ini menyaksikan Arif sudah pun meledak lapan gol bersama lima bantuan jaringan daripada 14 penampilan termasuk ketika saingan AFC Champions League Elite (ACLE) sewaktu menghadapi cabaran Shanghai Port.

Pada aksi tersebut, Arif melakar sejarah tersendiri selepas kejohanan tersebut dijenamakan semula untuk menjadi pemain tempatan pertama meledak gol bersama aksi cukup menyakinkan.

Pada masa sama, Jamal turut menyatakan Arif perlu mencabar diri untuk beraksi di luar negara bagi mengembangkan lagi bakat beliau selepas melihat kualiti beliau pada saingan ACLE lalu ketika menghadapi gergasi dari China tersebut.

“Tahap Arif Aiman bukan tahap liga tempatan dah. Sekurang-kurangnya dia dapat menimba pengalaman lebih baik di Liga Jepun, Korea Selatan atau Eropah.

“Saya juga percaya ada pasukan luar negara akan menghubungi kelab JDT dalam masa terdekat untuk menawarkan tempat kepada Arif Aiman. Apa pun dia kena berani untuk ke saingan liga yang lebih mencabar,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN