Legenda Bola Sepak Jerman Meninggal Dunia Pada Usia 78 Tahun

Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer dilaporkan sah meninggal dunia beberapa jam lalu selepas ia disahkan sendiri menerusi wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano menerusi media sosial.

Sepanjang hayat Franz dalam dunia bola sepak, beliau menjadi salah seorang daripada tiga individu pernah memenangi kejuaraan Piala Dunia selaku pemain serta sebagai pengurus.

Beckenbauer merupakan salah seorang ikon bola sepak terkenal di Jerman yang sudah pun mencipta 104 kemenangan bersama pasukan tersebut dan menjulang Piala Dunia sebagai pemain pada tahun 1974.

Rekod kemenangan Jerman di Piala Dunia terus bersambung selepas itu dengan Franz mengambil alih selaku pengurus pasukan kebangsaan tersebut.

Sepanjang karier mendiang dalam dunia bola sepak, beliau telah pun meraih begitu banyak kejuaraan menakjubkan seperti tiga kali menjuarai European Cups bersama Bayern Munich.

Malah, beliau juga mendapat gelaran Der Kaiser kerana kemampuan dimiliki tinggi selaku pemain tengah yang beraksi sebagai pertahanan ketika itu.

Sepanjang karier sebagai pemain, Beckenbauer pernah beraksi bersama Bayern Munich, New York Cosmos, serta Hamburger SV bersama catatan cukup menyakinkan.

Beckenbauer juga merupakan pengasas kepada posisi Libero yang kini semakin banyak digunakan dalam era bola sepak moden di seluruh dunia.

Selaku pengurus pula, Der Kaiser tampil begitu cemerlang bersama Jerman, pernah bertindak selaku Pengarah Teknikal Marseille, serta bertugas untuk Bayern Munich.

Daripada segi pencapaian individu, Beckenbauer pernah merangkul dua kali gelaran Ballon d’Or sebanyak dua kali serta empat kali dalam Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman.

Ahli keluarga Beckenbauer telah pun mengesahkan berita tersebut menerusi The Guardian tanpa mahu menerima sebarang soalan seketika ini.

Lothar Matthaus selaku rakan baik mendiang dalam dunia bola sendiri mengakui terkejut dengan pemergian Beckenbauer dan menganggap ia sebagai suatu kehilangan cukup besar dalam dunia bola sepak di Jerman.

Selain Matthaus, ramai lagi individu berpengaruh dalam dunia bola sepak turut mengucapkan takziah serta bersedih akan kematian Beckenbauer yang dianggap sebagai salah satu ikon terbesar dalam industri sukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN