Leeds United Terima ‘Lamaran’ adidas, Ikat Kontrak Selama 5 Tahun

Adidas Leeds United

Syarikat pakaian sukan ternama dari Jerman, Adidas akan menaja Leeds United yang baru sahaja disahkan bakal kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan dengan perjanjian selama lima tahun bermula musim depan.

Perincian mengenai jumlah penajaan setakat ini masih belum didedahkan, namun pihak kelab menjelaskan ianya merupakan perjanjian penajaan jersi yang memecahkan rekod kelab.

Adidas akan menggantikan syarikat pakaian sukan Itali, Kappa yang sudah menaja pasukan tersebut selama lima tahun dan kontrak tersebut akan berakhir pada penghujung musim ini.

“Kami teruja adidas telah menjadi penaja rasmi pakaian Leeds United,” ujar pengerusi eksekutif, Angus Kinnear.

“Kami tidak sabar untuk kembali beraksi di EPL pada musim depan bersama rakan panaja baharu kami, adidas yang merupakan nama besar dalam industri sukan sebagai permulaan baharu buat kelab ini,”

Lamaran Adidas itu membuktikan syarikat itu yakin dengan masa depan kelab Leeds yang dipercayai mampu bersaing hebat dengan pasukan-pasukan utama lain di EPL.

Penyokong setia Leeds tentunya tidak sabar menanti tarikh rasmi pelancaran jersi pasukan yang dikatakan akan diumumkan dalam masa terdekat.

The Whites yang kembali ke liga utama England itu buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun menerima satu demi satu berita termasuk bakal menerima suntikan dana bagi mendapatkan pemain-pemain baharu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Leeds United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN