Nampaknya, ada juga berita menarik perhatian ramai selain daripada aksi Piala Dunia. Cuma berita ini daripada Leeds.
Leeds United yang beraksi dalam EFL Championship lebih kurang 10 musim melantik Marcelo Bielsa sebagai pengurus baru mereka.
Wibawa
Ramai sudah maklum Marcelo pernah menjadi ketua jurulatih untuk Argentina. Beliau membimbing Argentina beraksi pada Piala Dunia 2002.
Selain itu, Chile juga pernah dilatih beliau pada 2007 hingga 2011. Chile mara ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sewaktu diuruskan beliau.
Beliau pernah mengemudi beberapa kelab di peringkat domestik. Antaranya Newell’s Old Boys (Argentina) dan Athletic Bilbao (Sepanyol).
Selain itu, dua kelab Perancis pernah dikendalikan beliau iaitu Marseille dan Lille. Kelab terakhir beliau ialah Leeds walaupun cuma beberapa bulan sahaja.
Impian kesampaian
Ketika diperkenalkan secara rasmi, Marcelo memberitahu bahawa mengurus sebuah kelab di England merupakan cita-citanya. Malah, beliau sangat gembira untuk menerima tanggungjawab sebagai ketua jurulatih di Elland Road.
Beliau pernah menjulang trofi domestik ketika bersama Newell’s Old Boys. Malah, Marcelo membimbing Atletico Bilbao mara ke final Liga Europa pada 2012.
Gembira
‘Saya sudah lama meminati Marcelo dan peluang melantiknya sebagai jurulatih terhidang, lantas kami menyambarnya,’ kata pengerusi Leeds, Andrea Radrizzani.
Menurutnya lagi, Marcelo mempunyai banyak pengalaman dan ia akan membantu Leeds. Beliau amat mengalu-alukan kedatangan bekas pengurus berbangsa Argentina itu ke Elland Road.
Marcelo menandatangani kontrak dua tahun dan Leeds mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak selama setahun.
Musim lalu, Leeds menamatkan aksi di EFL Championship dengan kedudukan ke-13. Mereka meraih 60 mata dengan 17 kemenangan dan 9 seri.