Leeds United Ikat 6 Pemain, Bintang Muda Colombia Jadi Rekrut Terbaharu Sertai Mereka

Di sebalik kemeriahan berita perpindahan pasukan-pasukan besar dalam saingan English Premier League (EPL), tampil Leeds United dengan tenang sudah pun selesai menandatangani 6 pemain baharu mereka.

Terbaharu mereka sudah pun menandatangani pemain sayap muda Colombia iaitu Luis Sinisterra dari Feyenoord dengan nilai dilaporkan ialah £21 juta.

Pemain tersebut bakal beraksi bersama Leeds dengan kontrak selama 5 tahun dan menjadi pemain keenam yang menandatangani kontrak bersama Leeds untuk saingan musim hadapan.

Selain beliau, lima lagi pemain ialah Tyler Adam, Marc Roca, Rasmus Kristensen, Brenden Aaronson serta Darko Gyabi dalam usaha pengendali mereka, Jesse Marsch untuk kembali memantapkan pasukan setelah ketiaan Kalvin Philips yang berhijrah ke Manchester City.

Setelah ketiadaan Kalvin Philips, Leeds juga dijangka bakal kehilangan seorang lagi tonggak berpengaruh mereka sebelum ini iaitu Raphinha.

Dikhabarkan pemain serangan dari Brazil itu bakal meninggalkan kelab untuk menyertai beberapa pasukan yang ingin mendapatkan khidmatnya seperti Barcelona, Chelsea, dan Arsenal.

Menurut Daily Mail, Sinisterra jelas menunjukkan keterujaan setelah sah bersama Leeds untuk membantu kelab tersebut mencatat perkara positif.

“Saya tahu kelab ini mempunyai sejarah tersendiri dalam bola sepak bersama-sama penyokong setia.

“Banyak perkara yang saya dengar mengenai keindahan stadium bersama atmosfera diberi. Segalanya terlalu hebat, dan saya tidak sabar untuk merasainya sendiri nanti.

“Menjadi impian saya untuk beraksi di pentas EPL sewaktu diri ini masih kanak-kanak. Dan sekarang saya sudah hampir pasti merealisasikannya”, jelas Sinisterra.

Pemain sayap lincah ini memulakan karier beliau dalam dunia bola sepak bersama kelab dari Colombia iaitu Once Caldas sebelum menyertai saingan Eredivisie di Belanda bersama Feyenoord pada tahun 2018 ketika usia baru mencecah 19 tahun.

Bersama kelab tersebut, Sinisterra jelas menunjukkan peningkatan dalam permainan sehingga beraksi sebanyak 21 kali dalam senarai utama daripada 25 perlawanan dihadapi kelab.

Sinisterra juga membuat penampilan sulung bersama skuad senior Colombia pada tahun 2019 sewaktu mereka menentang Algeria pada bulan Oktober.

Musim lalu menjadi detik gemilang buat pemain ini apabila namanya tersenarai sebagai Pemain Muda Terbaik dalam saingan European Conference League dan beliau turut meledak hatrik ketika menewaskan IF Elfsborg dari Sweden.

Sumber:
Daily Mail

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN