Leeds United mengumumkan mereka dengan berbesar hati akan memulangkan 25% daripada wang tiket kepada pemegang pas bermusim.
Ianya sudah termaktub dalam tawaran oleh kelab tersebut pada awal musim ini. Untuk pengetahuan semua pembaca, tempat pertama dan kedua Liga Championship akan layak ke EPL secara automatik.
4 lagi pasukan dari kedudukan ke-3 hingga ke-6 akan bertarung dalam play off untuk merebut slot ke EPL.
Leeds kini berada satu tangga di belakang slot play-off terakhir Liga Championship. Dibezakan 3 mata dari Fulham dengan baki perlawanan masih ada 1 perlawanan lagi.
Ianya selepas mereka diikat 3-3 oleh Norwich sebelum ini. Tentu anda masih ingat, Norwich juga punca kenapa Brighton tewas dalam usaha mereka menjuarai Liga Championship lebih awal sebelum ini.
Fulham ada perbezaan jaringan sebanyak 27. Manakala Leeds pula hanya 14. Ia beza 13 gol di antara 2 pasukan ini.
Tawaran ‘refund’ 25%
Namun begitu, tawaran ini hanya tertakluk kepada penyokong yang membeli pas bermusim 2016/2017 sebelum Mei 2016.
Leeds United musim ini berjaya menjual 15,000 unit tiket. Hampir kesemua tiket bermusim ini dibeli sebelum Jun 2016.
Buat masa ini, tidak dapat dipastikan kenapa pemilik kelab Massimo Cellino berani untuk berbuat demikian. Adakah ia untuk memenangi hati penyokong Leeds yang ramai bencikan beliau.
Pada masa yang sama ia bukan langkah yang baik dalam pengurusan kewangan kelab lebih-lebih lagi pasukan ini tidak dalam keadaan kewangan yang stabil.
Penyokong Leeds sudah tahu yang peluang mereka melihat pasukan lagenda ini ke play-off sudah tertutup rapat.
Ia bukan lagi teori ataupun rumus matematik, ia adalah fakta yang harus ditelan mereka. Leeds musim ini berhadapan dengan masalah konsistensi.
Sebagai rekod, Leeds United masih gagal menamatkan Liga Championship di 6 teratas sejak 2006.
Baca juga: Kelantan & JDT Didenda RM 10 Ribu Atas Kesalahan Yang Dilakukan Penyokong