“Siapa yang undi mereka?” Itulah soal Frank Lampard kepada wartawan ketika ditanya pandangan beliau tentang kemenangan Leeds United dalam Anugerah FIFA Best 2019 – untuk kategori Fair Play.
Leeds sebelum ini terlibat dalam insiden spygate. Dan Lampard menegaskan, mustahil untuk sesebuah pasukan yang mengintip pasukan lain dinobat sebagai simbol Fair Play. Marcelo Bielsa dan Leeds didenda £200,000 di atas kesalahan itu.
Denda tersebut bagi Lampard sudah cukup menggambarkan bahawa Leeds tidak layak langsung menerima pengiktirafan Fair Play.
Leeds United menang Anugerah Fair Play selepas mereka membenarkan Aston Villa menjaringkan gol. Ini selepas Leeds mendahului lawan dengan gol – dalam keadaan ada pemain lawan yang terbaring.
Pada awalnya, pemain-pemain Leeds memperlahankan tempo, seolah-olah mahu menghentikan perlawanan. Namun selepas itu, mereka tiba-tiba melakukan gerakan pantas dan menjaringkan gol.
Leeds kemudian memberikan peluang kepada Villa untuk membalasnya, selepas insiden yang panas di antara kedua-dua pasukan. Kesannya, Leeds United kehilangan kelebihan untuk layak ke perlawanan play off ke EPL.
“Rasanya semua orang memberikan reaksi sama seperti saya ke atas insiden Spygate. ”
“Saya harus mengendalikannya dengan sebaik mungkin. Namun apabila anda memberikan mereka anugerah Fair Play pada tahun yang sama, pada pandangan saya, itu tidak betul. Saya cakap terus terang.”
“Saya hanya mampu tersenyum. Tidak tahulah, siapa yang mengundi mereka untuk itu?”
Frank Lampard questions decision to award Marcelo Bielsa and Leeds the Fifa Fair Play Award https://t.co/sN6WE2Fl5s
— Telegraph Sport (@TelegraphSport) September 27, 2019
“Dengar sini, semua orang tahu apa yang berlaku ketika Spygate telah didokumentasi dengan lengkap.”
“Ada peraturan baru dibuat kerananya. Dan mereka sudah didenda. Jadi, saya tak boleh komen lebih-lebih.”
“Walaubagaimanapun, untuk memberikan mereka anugerah fair play, saya rasa kamu patut teliti balik perkara itu. Bagi saya, ianya sangat ironi dan pelik.”
Menurut Lampard, Leeds memang patut memberikan peluang kepada Villa selepas apa yang mereka lakukan. Itupun masih ada pemain Leeds yang mahu mematikan gol tersebut.
https://youtu.be/nrZYQ3-ehog
“Untuk situasi ‘dead rubber’ ketika berhadapan dengan Aston Villa, mereka memang patut memberikan peluang kepada Aston Villa mendapatkan gol itu.”
“Ianya perkara yang betul untuk mengimbangi semula keadaan selepas apa yang berlaku. Itu sahaja.”
“Jadi, ianya keputusan pelik, memberikan mereka kemenangan Fair Play.”