Lee Tuck Tunjuk Kepada Liridon & De Paula, Bagaimana Untuk Main Malaysia

Lee Tuck Malaysia

Sejak dahulu, Lee Tuck sudah katakan yang beliau mahu mewakili Malaysia dan sebaik sahaja diberikan ruang malam ini, beliau pamerkan karekternya.

Beliau diturunkan oleh pengendali, Kim Pan-gon dalam kesebelasan utama untuk aksi persahabatan menentang Kemboja yang sedang berlangsung.

Di babak pertama, Malaysia mendahului 3-0, hasil dua jaringan oleh kapten, Faisal Halim dan tentunya pemain yang menjadi bualan ramai, Lee Tuck.

Ini merupakan kaps pertamanya selepas sah menjadi warganegara Malaysia pada Ogos lalu, namun impak yang dibawanya sangat positif. Sepanjang babak pertama, beliau memberikan aksi yang berkesan dalam membantu penyerang, Darren Lok di jentera depan Harimau Malaya.

Malah, penyokong skuad negara dilihat mula membandingkannya dengan dua lagi pemain naturalisasi sebelum ini iaitu Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi. Menurut mereka, apa yang diberikan oleh Lee Tuck sangat mengagumkan walaupun bakal menginjak ke usia 35 tahun, tahun depan.

Antara yang menarik perhatian adalah, menurut mereka, sepanjang babak pertama, prestasi Lee Tuck lebih baik berbanding keseluruhan penampilan Liridon, yang telah beraksi dalam tujuh perlawanan skuad negara setakat ini.

Malah, ada yang mengatakan Liridon mahupun De Paula tidak lagi boleh ‘cari makan’ dengan skuad negara dengan kehadiran pemain tersebut.

Wartawan The Star, T. Avineshwaran pula berpendapat yang gandingan Faisal dan Lee Tuck sangat mengagumkan dalam mencipta tiga gol.

https://twitter.com/haziqrazie/status/1601212193265311745

Hatinya sudah lama terpaut dengan Malaysia sejak beraksi bersama Terengganu FC pada musim 2018 hingga 2020. Sebelum itu, beliau bermain untuk Negeri Sembilan pada musim 2017 di Liga Premier.

Beliau membuat keputusan sukar untuk kekal di Malaysia walaupun Terengganu tidak menyambung kontraknya dan menjelaskan misinya adalah untuk kekal di Malaysia dan kemudian menyarung jersi skuad kebangsaan.

Malah, sekitar tahun 2020, bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tanpa berselindung mengakui berminat untuk mempertimbangkan nama Lee Tuck dan Gonzalo Cabrera sekiranya mereka dinaturalisasikan.

Perlawanan persahabatan Malaysia dan Kemboja masih berlangsung dan dijangka tiada masalah untuk skuad negara merekodkan kemenangan. Beliau akhirnya dikeluarkan pada minit ke-80 oleh pengendali skuad negara.

Kombinasi Faisal Halim dan Lee Tuck menunjukkan bertapa mereka amat serasi apabila pernah bermain bersama di Terengganu sebelum ini.

Impiannya untuk bersama Harimau Malaya kini sudah tertunai, malah dihiasi dengan jaringan debut untuk melengkapkan malam indahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN