Lee Tuck Tunggu Kebenaran FAM Untuk Wakili Malaysia

Lee Tuck

Pemain tengah Terengganu, Lee Tuck kini sedang menantikan kebenaran dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membolehkan pemain itu mewakili pasukan kebangsaan.

Menurut laman Berita Harian, Tuck yang beraksi cemerlang bersama Terengganu pada musim lalu teruja dengan prospek untuk mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Beliau kini menantikan dengan penuh sabar untuk mendapatkan jawapan dari badan induk bola sepak negara itu.

“Saya tetap bersemangat untuk mewakili pasukan Malaysia. Tetapi buat masa sekarang saya tak boleh nak cakap apa-apa kerana pihak FAM belum bagi sebarang jawapan.”

Sumber: Pahang FA, Facebook.

Di atas kertas, proses untuk menaturalisasikan Tuck ini sepatutnya tidak sesukar untuk menjadikan Mahmadou Sumareh sebagai pemain tempatan.

Hal ini kerana, Tuck dikatakan mempunyai pertalian darah dengan negara ini menerusi neneknya yang merupakan rakyat Malaysia.

Sementara Sumareh pula memang bukan pemain yang berasal atau mempunyai pertalian dengan negara ini jadi prosesnya adalah lebih sukar.

“Saya berharap semuanya akan berjalan lancar sama ada dari pihak saya atau dari pihak FAM sendiri.”

Sebelum ini, Tuck disebut-sebut sebagai pemain seterusnya yang akan menyertai skuad kebangsaan atas nama pemain naturalisasi.’

Kehadiran beliau dalam skuad kebangsaan amat dialukan untuk memberikan lebih banyak pilihan di bahagian tengah.

Sekiranya berjaya, beliau akan menjejaki langkah pemain-pemain seperti Kiko Insa, Matthew Davies dan juga Brendan Gan yang menjadi pemain negara yang mempunyai darah kacukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN