Lee Tuck Serius Lengkapkan Dokumentasi Kewarganegaraan, Mahu Sarung Jersi Skuad Kebangsaan

Lee Tuck

Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Lee Tuck masih serius untuk menyarung jersi kebangsaan apabila dia kini sedang berusaha melengkapkan proses dokumentasi kewarganegaraan secepat mungkin.

Lee Tuck akui bukan mudah untuk mengemukakan dokumen lengkap berhubung pertalian darah Malaysia keluarga ibunya dan dia kini dalam proses mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan bagi menentukan status sebenar pemain berdarah campuran England-Malaysia ini.

Jelasnya, semua pihak tidak ketinggalan turut sama membantu mempercepatkan proses berkenaan untuk memastikan status kewarganegaraannya dapat diputuskan secepat mungkin.

“Masalah utama yang saya sedang hadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semua dokumen lengkap daripada sebelah nenek saya di United Kingdom dan saya sedang berusaha dapatkan sebelum tarikh tutup yang diberikan.

“Banyak perkara di belakang tabir perlu dilakukan sebelum segala dokumen yang diminta akan lengkap, ia bukan satu proses yang mudah serta boleh selesai dalam sekelip mata.

“Sememangnya saya masih ingin beraksi bersama skuad kebangsaan cuma perkara seperti ini memakan masa dan harap ia mampu direalisasikan.

“Tetapi saya yakin semua itu akan selesai dalam masa terdekat dan hasrat peminat untuk lihat saya sarung jersi kebangsaan pasti akan tercapai, “ katanya.

Sebelum ini, penolong pengurus TFC, Zulfadli Rozi memaklumkan Lee Tuck masih gagal mengemukakan dokuman lengkap yang diperlukan untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, JPN menyebabkan hasratnya untuk menyarung jersi skuad kebangsaan tertangguh.

Jelasnya, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT tidak pernah membelakangkan impian pemain berusia 31 tahun itu sebaliknya tetap beri sokongan untuknya segera mengumpul maklumat yang berkaitan.

Lee Tuck diberi tempoh masa sehingga penghujung minggu ini oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengemukakan dokumen sah untuk membuktikan dia mempunyai pertalian darah Malaysia.

Statusnya masih samar sehingga kini kerana pemain yang dilahirkan di England itu masih belum berjaya mengumpulkan kesemua maklumat lengkap berhubung keluarganya dan perlu menyelesaikan proses itu secepat mungkin sekiranya enggan menunggu lebih lama untuk beraksi bersama Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN