Lee Tuck Semakin Hampir Sertai Pahang

Lee Tuck Pahang

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengakui pihaknya sudah melakukan perbincangan bersama bekas ketua pasukan import Terengganu FC (TFC), Lee Tuck dalam usaha untuk membawa pemain kelahiran England itu ke Stadium Darul Makmur pada  musim 2021.

Selain Lee Tuck, skuad yang lebih dikenali dengan gelaran Tok Gajah itu turut telah melakukan rundingan bersama bekas Melaka United, Selangor United dan Pulau Pinang, Sergio Fabian Ezequiel Aguero.

Perkembangan terbaharu itu dijelaskan oleh Mohammed Suffian menurut sumber Harian Metro yang mengakui perbincangan bersama kedua-dua pemain tersebut sudah diadakan pada minggu lalu.

Menamatkan kempen CIMB Liga Super Malaysia 2020 di tempat kelapan, Pahang membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak empat pemain import mereka iaitu Dickson Nwakaeme, Ivan Carlos, Khalil Khamis dan Adam Reed. Hanya Herold Goulon sahaja dikekalkan bagi menyaksikan beliau akan bersama Pahang buat musim ketiga.

Sehubungan dengan itu, khidmat Lee Tuck dan Sergio Aguero begitu ditagih Pahang dalam usaha mengisi kekosongan ditinggalkan pemain-pemain tersebut.

“Ya, memang betul Aguero dan Tuck mengadakan pertemuan bersama PBNP. Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa mereka hampir pasti menyarung jersi Pahang.”

“Bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung kontrak akan diumumkan dalam masa terdekat,” ujar Mohammed Suffian.

Lee Tuck yang menjadi sandaran utama Nafuzi Zain pada musim 2020 sehingga membantu kelab tersebut menduduki tangga ketiga saingan liga sekali gus berjaya melayakkan diri ke kempen Piala AFC musim hadapan, tidak berada dalam perancangan TFC meskipun beliau dikatakan berminat untuk terus kekal bersama pasukan.

Masih berpeluang untuk menjadi pemain naturalisasi negara boleh dikatakan menjadi penyebab utama mengapa pemain berusia 32 tahun itu tidak mahu meninggalkan Malaysia dan Pahang dilihat semakin hampir untuk menjadi destinasi terbaharu buat beliau selepas Terengganu dan Negeri Sembilan.

Kredit featured image: Pahang FA

Baca artikel lain dari kami mengenai Lee Tuck:

Lee Tuck Beri Gambaran Jelas Mahu Terus Kekal Di Malaysia

MSL 2020: Gol Minit Akhir Lee Tuck Bantu Terengganu Tumbangkan Pahang

‘Are You Retiring Lee?’ Antara Reaksi Selepas Lee Tuck Ucap Selamat Tinggal Terengganu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN