Lee Tuck: “Krismas Yang ‘Sukar’ Tapi Pasti Mereka Bangga Dengan Saya”

Lee Tuck rai Krismas Piala AFF 2022

Lee Tuck tidak menyangka yang tahun ini beliau akan meraikan Krismas dalam suasana berbeza tanpa keluarganya di sisi apabila terlibat dalam kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bersama Harimau Malaya.

Sejak mendapat kewarganegaraan Malaysia pada hujung Ogos lalu, Tuck terus mendapat panggilan skuad kebangsaan dalam kejohanan dwi tahunan ini  disebabkan ketiadaan majoriti pemain-pemain utama.

Beliau sudah agak lama tidak beraksi dan hanya dapat sempat tampil dua kali dalam saingan Piala Malaysia 2022 bersama Sri Pahang apabila Tok Gajah tersingkir awal daripada saingan tersebut. Beliau telah menanti lama untuk proses naturalisasinya direalisasikan oleh pengurusan pasukan.

Tuck dilihat berkongsi gambar isteri dan anak-anaknya meraikan Krismas tanpanya disisi. Tentunya beliau amat merindui keluarganya di England.

England lapan jam di belakang, jadi jika kita mendarat nanti [di Vietnam], ia masa yang tepat untuk membuat panggilan video untuk lihat anak-anak saya membuka hadiah mereka,” ujar Tuck kepada New Straits Times ketika skuad negara menanti penerbangan ke Hanoi di KLIA, pada Ahad.

Skuad negara berangkat ke Vietnam pada hari Krismas dan tentunya ia akan dikenangnya kerana ini kali pertama beliau bersama tugasan negara.

Ini kali pertama saya meraikan Krismas tanpa keluarga di sisi. Ia sangat sukar tetapi saya yakin mereka bangga dengan apa yang saya lakukan, yang mana ini akan jadi legasi keluarga. Saya rela korbankan hari istimewa ini untuk mewakili Malaysia buat kali pertama dalam hidup saya,ujarnya.

Begitupun, ahli keluarganya di England dilihat sentiasa berkongsi rasa bangga di Insta Story setiap kali Tuck tampil beraksi bersama skuad negara.

Pemain yang sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Kedah Darul Aman FC untuk Liga Super 2023 itu jelas tidak meragui keputusannya.

Dalam empat penampilannya bersama Harimau Malaya setakat ini, beliau dilihat memberikan yang terbaik malah telah berhasil meledak dua gol.

Lee Tuck seharusnya bercuti pada saat ini bersama keluarganya di England tetapi terpaksa korbankan cutinya demi menyahut seruan skuad negara.

Malah, penyerang yang juga rakan sepasukannya di Sri Pahang, Sergio Aguero turut melalui situasi yang sama, meraikan Krismas tanpa keluarga.

Namun, ia pastinya berbaloi apabila beliau telah melakar jaringan pertama bersama skuad kebangsaan dalam aksi menentang Laos tempohari.

Saya sangat merindui mereka. Mereka berada di Kuantan, Pahang ketika ini. Tetapi bermain untuk Malaysia sangat istimewa,” ungkap Aguero.

Malaysia akan menentang Vietnam pada malam ini dan pastinya kudrat kedua-dua pemain ini akan dipertaruhkan untuk mencipta sesuatu yang istimewa di hari istimewa mereka. Mereka tentunya mahukan hadiah terbaik untuk meraikan Krismas dan penampilan pertama mereka dalam kejohanan bersama Malaysia. Adakah mereka akan jadi taruhan utama?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN