Pemain tengah pasukan Terengganu – Lee Tuck kekal bersama dengan skuad Sang Penyu sehingga tahun 2020. Sebelum ini banyak khabar angin menyatakan pemain itu akan meninggalkan skuad Terengganu – selepas kontraknya berakhir – dan tiada berita tentang lanjutan kontrak.
Beberapa hari lalu, Lee Tuck meminta peminat Terengganu tenang kerana beliau tidak akan ke mana-mana dan memberikan komitmen beliau kepada pasukan Terengganu. Lee Tuck menyatakan dirinya selesa dengan pasukan Terengganu terutama sekali para penyokong pasukan tersebut yang disifatkannya luar biasa.
Lee Tuck menjadi nadi penting skuad Terengganu sejak menyertai pasukan tersebut – selepas meninggalkan Negeri Sembilan. Pada musim 2018 boleh dianggap antara musim terbaik beliau dalam Liga Malaysia. Beliau membantu Terengganu menamatkan saingan sebagai naib juara Piala Malaysia.
Lee Tuck cemerlang di ABK18
Aksi cemerlang beliau musim ini telah membuatkan Lee Tuck berjaya memenangi tempat dalam XI Terbaik ABK 2018 – hasil undian peminat dan juga Anugerah Pemain paling popular dalam ABK 2018.
BEST XI ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2018
Ini lah kesebelasan terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 hasil undian anda semua. Tahniah!#ABK18#MalaysianFootballLeague#TransformingMalaysianFootball pic.twitter.com/uhzsswYJKH
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 5, 2018
Lee Tuck pemain yang sangat rajin di dalam padang dan beliau dikenali dengan kemampuan menyerang dan bertahan.
A message from The Most Popular Player of 2018, Lee Tuck! ⚫️⚪️#ABK18 pic.twitter.com/8NIPrKN4GB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 5, 2018
2 gol beliau – diiktiraf ABK – berada dalam senarai 10 gol terbaik dalam liga Malaysia pada musim ini.
Here are the best goals from Liga Malaysia in 2018!#ABK18 pic.twitter.com/idCUZKQMgX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 5, 2018
Sah Lee Tuck kekal bersama Terengganu
Kerisauan peminat Terengganu – sama ada Lee Tuck kekal atau tidak – berakhir – apabila laman rasmi pasukan tersebut mengesahkan bahawa pemain tengah kotak ke kotak itu sah kekal bersama mereka sehingga tahun 2020.
Terengganu FA mengumumkan berita itu dengan kenyataan: “Kami ingin mengumumkan secara rasmi, pemain pasukan Terengganu FC, Lee Andrew Tuck telah menandatangani pemanjangan kontrak bersama pasukan TFC sehingga tahun 2020.”
“Lee Tuck telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah ditawarkan didalam kontrak TFC dan beliau semestinya mendahulukan penyokongnya di Terengganu yang membuatkan beliau ingin terus bersama pasukan ini untuk tempoh 2 tahun lagi!”
“Terima kasih Lee Tuck.”