Lee Tuck Jadi Calon Pilihan Rangkul Anugerah POTM Liga Super Bulan Jun

Lee Tuck

Pemain tengah Kedah Darul Aman, Lee Tuck mempamerkan persembahan cemerlang pada bulan Jun dan ini telah menobatkan beliau dengan tempat dalam senarai pendek bagi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super anjuran PFA Malaysia.

Pemain naturalisasi kebangsaan ini jelas sekali merupakan nadi kecemerlangan Kedah pada Jun apabila berjaya membantu skuad Nafuzi Zain memperoleh enam mata daripada sembilan yang tersedia pada bulan lalu.

Persembahan Tuck jelas cemerlang pada setiap perlawanan apabila merakamkan dua jaringkan ketika bertemu Sabah dan hatrik bantuan gol sewaktu menentang Perak sememangnya tidak boleh dinafikan sumbangannya.

Satu lagi nama yang menarik perhatian adalah pemain PDRM iaitu Nabil Latpi.

Nabil merupakan pemain Sang Saka Biru kedua yang tercalon untuk POTM musim ini selepas Ramadhan Hamid ketika edisi Februari-Mac.

Pada Jun, Nabil menjaringkan dua gol sewaktu bertemu Sabah dan Perak dan kedua-dua jaringan tersebut merupakan jaringan kemenangan yang amat penting bagi PDRM.

Tiga lagi nama adalah wajah-wajah lazim yang tercalon dalam anugerah POTM musim ini iaitu Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim), Ayron del Valle (Selangor) dan Stefano Brundo (Sri Pahang).

Ketiga-tiga pemain import ini terus konsisten dan cemerlang dalam membantu pasukan masing-masing dan tidak hairanlah nama mereka sentiasa ada dalam senarai akhir pencalonan.

Sebagai contoh, Forestieri merakamkan dua gol untuk terus kekal di puncak carta penjaring terbanyak Liga Super sementara Ayron pula menghasilkan hatrik ketika menewaskan Kelantan United.

Sementara persembahan gemilang ketika bertemu Negeri Sembilan cukup untuk menarik perhatian ramai mengenai kehebatan Brundo dalam memberikan kemenangan untuk Sri Pahang.

Oleh itu, tunaikan tugas anda dengan mengundi pemain terbaik bulanan Liga Super bagi bulan Jun dengan klik pada pautan di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN