Lee Chong Wei Akan Turun Ke Stadium Nasional Bukit Jalil Esok

Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan beliau akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 di antara Harimau Malaya menentang Vietnam malam esok.

Bekas pemain badminton nombor satu dunia itu sebenarnya memang tidak sabar untuk hadir memberikan sokongan padu kerana beliau sudah menyaksikan perlawanan yang melibatkan skuad Harimau Malaya sejak di peringkat kumpulan lagi.

“Saya selalu menonton perlawanan mereka (Harimau Malaya) di rumah. Bermula dari peringkat kumpulan sehingga perlawanan separuh akhir menentang Thailand.

“Saya akan turun esok (memberi sokongan). Saya tahu ia bukan perlawanan yang mudah untuk negara, apatah lagi Zaquan (Adha Abdul Radzak) adalah rakan baik saya selain bertindak sebagai ketua pasukan,” katanya kepada Stadium Astro

Barisan pemain skuad Harimau Malaya. FOTO: FAM

Chong Wei yakin skuad Harimau Malaya akan jadi juara Piala AFF 2018

Mengulas mengenai corak permainan Harimau Malaya, Chong Wei harap skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu meneruskan aksi cemerlang seperti mana yang dipamerkan ketika menentang Thailand di separuh akhir.

“Saya harap Harimau Malaya dapat mempamerkan aksi terbaik di tempat sendiri dan di Vietnam.

“Saya harap mereka boleh membawa pulang Piala AFF. Saya sedar ia bukan tugas mudah kerana saya juga menonton perlawanan Malaysia menentang Thailand.

“Inilah masanya. Saya harap pemain Malaysia bersemangat tinggi. Dengan stadium yang penuh, saya harap rakyat Malaysia yang tidak ke stadium juga tetap mendoakan kejayaan Harimau Malaya.

“Malaysia Boleh !!!” teriak bekas naib juara dunia itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN