Ledakan Teemu Pukki Hantar Finland Ke Kejohanan Utama Kali Pertama Dalam Sejarah

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pasukan bola sepak Finland akhirnya mencatat sejarah layak ke kejohanan utama buat kali pertama setelah mereka menang 3-0 ke atas Leichtenstein dalam perlawanan Kelayakan EURO 2020 awal pagi tadi.

Dua gol dari Teemu Pukki dan satu gol oleh Jasse Tuominen mengakhiri kemarau 32 kali percubaan mereka untuk layak sama ada ke kejohanan Piala Dunia mahupun kejuaraan Eropah.

“Sudah tentu ia disambut dengan sambutan yang hebat,” kata Pukki kepada BBC selepas perlawanan.

“Kami sedang menikmati saat-saat yang menggembirakan. Kami sedang meraikan apa yang telah kami capai pada malam ini.”

“Jurulatih [Markku Kanerva] juga mengalirkan air mata gembira beliau. Kami berhak di atas kejayaan ini. Kebanyakan daripada kami sudah bersama beliau sejak dari skuad B-21 dan beliau tahu bagaimana mahu menggunakan kami untuk bermain dengan cara yang terbaik di atas padang.” ujar Pukki lagi.

Seorang wartawan majalah sukan Finland, Topas Kaulaha mengatakan, selepas menempuhi beberapa tahun yang begitu mencabar, Finland akhirnya berjaya sebagai sebuah satu pasukan.

“Ini adalah satu keadaan yang kami tidak pernah lihat sebelum ini, semua orang menangis kegembiraan di saat yang penuh emosi. Ia hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup ini.

“Satu kejayaan yang amat membanggakan buat negara ‘kecil’ ini dan kami sangat gembira akhirnya kami mendapat perhatian dunia dalam sukan bola sepak.”

Ratusan penyokong bertindak menyerbu ke dalam padang selepas sahaja wisel penamat ditiupkan. Jurulatih, Kanerva yang merupakan seorang bekas guru melakukan temubual selepas perlawanan dengan persembahan bunga api dibuat berdekatan dengannya.

Perdana Menteri Finland, Antti Rinne tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada jurulatih dan pemain Finland di atas kejayaan manis tersebut.

“Satu persembahan yang luar biasa. Tahniah dan terima kasih! Ya Finland akhirnya layak ke kejohanan utama bola sepak!”

Sementara itu, Penjaga gol Finland, Lukas Hradecky mencadangkan agar tarikh 15 November dipilih sebagai ‘Hari Kebangsaan selepas kejayaan negara itu layak ke EURO 2020 agar ianya akan kekal diingati dalam sejarah negara mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN