Ledak Empat Gol, Peluang Buat Olivier Giroud ‘Curi Hati’ Lampard

Olivier Giroud

Pengurus Chelsea, Frank Lampard memuji ketajaman penyudah yang ditampilkan Olivier Giroud ketika meledakkan empat jaringan pada perlawanan bertemu Sevilla dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21, awal pagi tadi.

Empat gol yang dihasilkan oleh penyerang berusia 34 tahun itu menjadikannya sebagai penjaring tertua dalam sejarah UCL mencipta hatrik. Lebih menarik untuk diperkatakan, Giroud menjadi pemain pertama berjaya menyamai rekod pengurusnya, Lampard yang menyumbat empat gol pada perlawanan bertemu Aston Villa, 10 tahun lalu.

Sehubungan dengan aksi cemerlang dipamerkan, Lampard juga kelihatan akan cuba untuk mempertimbangkan bagi meletakkan Giroud sebagai pemain kesebelasan utama pada pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United, hujung minggu ini.

”Ya, kita harus melihatnya. Ini merupakan gantian yang drastik tetapi dia berjaya menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan,” ujar Lampard menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Ia bukan sahaja hanya berkaitan dengan persembahannya tetapi ketika anda menurunkannya dan dapat memanfaatkan kekuatan dan kepantasannya, terdapat keseimbangan yang cukup baik pada corak serangan kami.”

”Bukan mudah untuk menjaringkan empat gol dan sekali lagi dia melakukannya pada tahap ini ketika berdepan dengan lawan yang hebat. Jaringannya cukup berkelas dunia.”

Perlawanan minggu lalu bertemu Rennes juga menyaksikan Giroud menjadi wira buat Chelsea meskipun dimasukkan pada lewat permainan apabila tandukannya berjaya menghadiahkan kemenangan 2-1 buat Chelsea.

Giroud bagaimanapun kurang mendapat peluang dalam kempen EPL selepas hanya dimasukkan pada lewat aksi dalam lima perlawanan. Lampard lebih gemar memilih Tammy Abraham untuk dijadikan sebagai penyerang utama sekiranya Timo Werner diletakkan di sayap kiri.

Empat gol yang dihasilkannya itu mungkin menjadi senjata buat Giroud untuk mencuri hati Lampard bagi membariskannya sebagai kesebelasan utama ketika bertemu Leeds United di Stamford Bridge nanti. Perlawanan bakal berlangsung awal pagi Ahad.

Kredit featured image: David Ramos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Olivier Giroud:

Giroud Tak ‘Goyang’ Dengan Kehadiran Werner

Olivier Giroud Akui Masih Gembira Bersama Chelsea, Mahu Terus Kekal Di Stamford Bridge

Olivier Giroud Atasi Rekod Michel Platini, Ada Potensi Atasi Thierry Henry

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN