‘Ledak 21 Gol’- Prestasi Semasa Skuad B-17 Negara Dianggap Membanggakan

Siri perlawanan persahabatan yang membabitkan skuad bawah 17 (B-17) negara di Qatar telah pun tamat beberapa hari lalu dengan tampil cukup memberansangkan daripada segi keputusan permainan serta aksi ditampilkan di atas padang.

Dengan membabitkan enam aksi persahabatan, Malaysia berjaya merekodkan lima kemenangan serta hanya satu kekalahan pada perlawanan terakhir mereka sebelum berangkat pulang dengan gambaran cukup positif buat penyokong bola sepak tempatan.

Sebagai persediaan untuk beraksi dalam saingan Piala Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi, Malaysia dilihat berada dalam landasan terbaik untuk tampil memberi daya saing bersama negara-negara lain.

Menurut Christopher Raj selaku pengurus skuad kebangsaan B-17, beliau melihat para pemain muda berjaya mempamerkan komitmen yang baik pada setiap perlawanan dihadapi.

Hasilnya, skuad kebangsaan berjaya mengikut strategi diterapkan dengan begitu baik, sehingga tidak mempunyai masalah untuk menghasilkan banyak gol.

Daripada enam perlawanan dihadapi, anak-anak buah Osmera Omaro berjaya meledak 21 gol secara keseluruhan selain hanya dibolosi 4 gol sahaja walaupun beraksi pada bulan Ramadan.

Melihat kepada statistik tersebut, ia menunjukkan barisan pemain negara kali ini mempunyai ketajaman yang sangat baik walaupun menghadapi lawan lebih besar daripada segi fizikal.

Menerusi rangkaian pemain dimiliki skuad kebangsaan kini, maka tidak mustahil untuk mereka cuba mengintai peluang bermain di pentas Piala Dunia pada Disember ini.

Saingan Piala Asia yang bakal berlangsung ini turut menyaksikan Malaysia berpeluang untuk cuba mendapatkan salah satu slot mereka bagi menyertai Piala Dunia B-17.

Pastinya Raj bersama Osmera bakal memikirkan sesuatu yang terbaik buat barisan anak-anak muda ini dalam usaha untuk terus mengharumkan nama bola sepak Malaysia di pentas dunia.

“Sebagai pengurus pasukan, saya sangat berbangga dengan prestasi, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain yang dipanggil serta barisan kejurulatihan sepanjang dua minggu di Doha, Qatar.

“Saya berharap para pemain mendapat pengalaman yang bernilai untuk dibawa pulang ke tanah air sekali gus menambahbaik aspek permainan di dalam dan luar padang,” katanya menerusi Harian Metro.

Ketika ini, para pemain dilaporkan telah diberi tempoh rehat selama seminggu sebelum kembali melapor diri di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang pada 28 April 2023.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN