PES 2017 Umum Akan Fokus Aspek ‘Gameplay’ Untuk Kalahkan FIFA 17

Semalam, KONAMI telah mengadakan sidang media mengenai Pro Evolution Soccer 2017 (PES2017) di ekspo permainan video terbesar dunia, Electronic Entertainment Expo (E3).

Dalam E3 yang berlangsung di Los Angeles ini, KONAMI – pesaing utama EA Sports yang baru sahaja mengeluarkan trailer FIFA 17 – mengumumkan PES 2017 akan fokus kepada aspek ‘gameplay’ untuk bersaing dengan FIFA 17.

Sebelum ini kami pernah menulis apa yang menariknya tentang gameplay PES 2017. Ia boleh dibaca di sini: PES 2017: Cubaan KONAMI Jadikan PES Seperti FIFA Bakal Kecewakan Peminat.

Dan pada sidang media E3 semalam, KONAMI menerangkan lebih lanjut tentang mod PES 2017 seperti MyClub, Master League dan sebagainya. Berikut merupakan rumusannya.

1. Pengkongsian data edit

Perkongsian data ini buat pertama kalinya akan tiba di paltform Sony Playstation4 (PS4). Dengan hanya menggunakan USB, pengguna PS4 boleh memindahkan setiap ‘option file’ ke dalam PS4 masing-masing dengan mudah.

Lebih menarik, perkongsian data ini boleh dikongsi ke seluruh dunia! Ini membolehkan pengguna PS4 di Amerika Syarikat untuk berkongsi data edit dengan pengguna PS4 di Jerman sebagai contoh.

Namun begitu, KONAMI masih belum didedahkan berapa banyak slot untuk perkongsian data edit ini.

2. MyClub

Mendapatkan pemain yang sesuai dengan taktik anda kini lebih mudah di MyClub PES2017.

Dengan 4 langkah mudah, pemain boleh mendapatkan pemain yang mereka mahukan menggunakan agen-agen di MyClub bermula dengan kaedah membida mereka.

ss_myclub_scout_en_l

Kini, anda juga boleh ‘menyiasat’ kebolehan dan kemampuan lawan anda di MyClub. Anda boleh mengetahui gaya permainan dan skil yang kerap digunakan oleh lawan anda.

ss_myclub_analytics_en_l

3. Master League

Mod permainan paling digemari oleh peminat-peminat PES kembali dengan beberapa penambahbaikan.

Sistem perpindahan mengalami sedikit perubahan dengan kelab kini boleh meminjam pemain untuk kadar 6 bulan, terdapat juga perubahan dalam sistem pengurusan bajet dan gaji pasukan.

ss_ml_en_l

Hari terakhir jendela perpindahan juga mengalami sedikit perubahan dengan elemen masa akan ditambah bagi mewujudkan suasana ‘deadline day’.

Team Role juga kembali dengan 22 ‘roles’ berbanding cuma 10 sahaja pada PES2016. Antara nama-nama yang ditambah ialah Hero (ayam tambatan pasukan) dan juga Bad Boy (pemain yang melindungi pemain berskil dalam pasukan).

ss_ml_role_en_l

Prestasi pemain juga boleh ditingkatkan secara drastik dengan pemain bukan sahaja akan mendapat peningkatan ‘footballing abilities’, namun mereka boleh mempelajari skil-skil baharu semasa di kelab ataupun semasa dipinjamkan ke kelab lain.

Sistem latihan juga telah diperbaiki, dengan pemain boleh berlatih posisi baharu serta mendapatkan skil baharu dan juga cara permainan yang bersesuaian dengan taktik pasukan.

Dan yang terakhir, waktu sepak mula di dalam Master League di PES2017 akan sama seperti dengan waktu sepak mula bola sepak sebenar yang berlangsung pada waktu siang dan juga malam.

4. Pengadil

ss_referee_l

Pada PES2015, pengadil sering menerima aduan kerana terlalu ‘baik hati’ dalam memberikan kad kepada pemain.

Dan pada PES2016, pengadil dikatakan ‘berat hati’ dalam memberi ‘foul’ kepada pemain mendorong terlalu kurang layangan kad.

Untuk PES2017, bagi mengatasi masalah tersebut Konami telah memperbaiki masalah tersebut dengan menambah lebih kepintaran pengadil dalam menilai setiap terjahan dan ‘foul’ yang dilakukan pemain.

5. Analisa-Versus

ss_versus_data_en_l

‘Feature’ ini adalah hampir sama dengan apa yang kita boleh dapat di MyClub dengan menyiasat lawan kita di ‘online’. Namun untuk analisa-versus ini hanya untuk mereka yang bermain secara ‘offline’ sahaja.

Rekod pertembungan antara satu pemain dengan pemain yang lain akan direkodkan dengan jumlah menang, seri, tewas serta jaringan dan bolos akan direkodkan.

Serta, gaya permainan antara kedua pemain juga akan direkod dalam analisa ini.

6. Stadium

Tidak banyak info mengenai stadium didedahkan, namun terdapat beberapa penambahan stadium dari stadium baharu ke stadium rekaan (generic)

Terdapat pelbagai corak rumput padang yang baharu serta pilihan jaring gol yang anda boleh ubah di Mod Edit. Selebihnya info mengenai stadium akan diumum pada PES Day.

7. Live Update

Live Update boleh dimuat turun sejak hari pertama PES2017 dilancar secara rasmi, dan ia boleh digunakan untuk semua mod ‘offline’.

Live Update juga akan melibatkan perpindahan Eropah pada musim sejuk, dan semestinya untuk mendapatkan Live Update ini, sambungan internet diperlukan.

8. Persembahan Skrin dan Getaran Pada ‘Joystick’

ss_menudesign_en_l

Persembahan skrin telah diperbaiki untuk memberi pengalaman yang lebih baik kepada pemain.

Peningkatan juga telah diberikan kepada ‘match presentation’ dengan ‘scoreboard’ yang lebih segar serta sistem ulang tayang dan ‘broadcast highlights’ juga telah ditingkatkan lagi kualitinya.

Untuk PES2017 juga, getaran akan dirasakan pada ‘joystick’ sekiranya terdapat perlanggaran pemain dan juga rembatan terkena palang atau tiang.

Penutup

PES2017 benar-benar mahu memberi kepuasan kepada pemain diatas padang dengan pelbagai ‘feature’ baharu. Banyak lagi berita terkini mengenai PES 2017 akan muncul sepanjang E3 berlangsung.

Belum ada lagi berita mengenai lesen pasukan dan kejohanan, walaupun khabar angin bertiup kencang bahawa PES akan kehilangan hak lesen La Liga kerana EA Sports telah mendapatkan hak eksklusif La Liga.

Namun belum ada apa-apa berita mengenainya.

Tenang saja peminat PES, sekurangnya lesen UEFA Champions League akan tetap ada sekurang-kurangnya sehingga PES 2019 muncul.

Baca juga: FIFA 17 Bakal Guna Enjin Grafik ‘Frostbite’, Mahu Saingi Kehebatan Grafik PES

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN