Adakah bola sepak akan menjadi lebih baik tanpa ofsaid? Legenda bola sepak Marco van Basten berpendapat peraturan itu sudah lapuk serta menyusahkan dan lebih baik dihapuskan demi kebaikan sukan tersebut untuk jangka masa panjang.
Legenda bola sepak itu menjelaskan, walaupun FIFA telah memperkenalkan sistem video bantuan pengadil (VAR), peraturan ofsaid tetap menimbulkan banyak pertikaian atau pertelingkahan.
Sedangkan bola sepak sepatutnya menjadi sukan yang menghiburkan serta memberi keseronokan kepada pemain serta penyokong.
https://twitter.com/SportsbookBTC/status/1374742950484209669?s=20
Malah pembaharuan menggunakan teknologi itu telah membuatkan lebih banyak masa diambil oleh pengadil dalam sesebuah perlawanan untuk menyemak sesuatu keputusan dan ada kalanya ia tetap menimbulkan kontroversi.
“Saya masih tertanya-tanya mengenai peraturan ofsaid ini, kerana saya lebih cenderung untuk mengatakan ia bukan peraturan yang baik,” ujar Van Basten kepada Sky Sports.
“Bola sepak adalah permain yang menakjubkan, tetapi saya rasa kita perlu jadikannya lebih baik, lebih menarik, lebih menghiburkan dan lebih mengujakan.”
“Saya mahu saksikan beberapa perlawanan percubaan untuk melihat sama ada boleh atau tidak bola sepak dimainkan tanpa peraturan ofsaid. Saya yakin sukan ini akan jadi lebih baik tanpanya.
Bekas penyerang Belanda itu pernah menjadi Pengarah Teknikal FIFA pada 2016 hingga 2018 dan mencadangkan agar bola sepak mencontohi sukan hoki.
🗣️ "I am still curious about the offside rule as I am convinced that it's not a good rule. I'd like to try it to show that football is also possible without 'offside.' I am convinced that football would be better without it."- van Basten
Should the offside rule be scrapped? 🤔 pic.twitter.com/bJeEKUyA6Z
— MSport Ghana (@MSportGhana) March 24, 2021
Sukan hoki telah beberapa kali membuat perubahan terhadap peraturan ofsaid sebelum menghapuskan sepenuhnya peraturan itu pada 1998 dan ia masih kekal sehingga hari ini.
“Masalahnya sekarang ini, kita masih kekalkan peraturan ofsaid dan kemduain berapa kerap kita bercakap tentang keputusan pengadil. Terlalu banyak!” tambahnya lagi.
“Jika tiada ofsaid, kita akan kurang masalah dan setiap pasukan akan mencari penyelesaian untuk bermain dengan sebaiknya.”
Ini bukan kali pertama Van Basten bersuara mengenai peraturan ofsaid. Bekas penyerang AC Milan itu juga pernah mencadangkan beberapa pembaharuan lain seperti format penalti 8 saat, mengehadkan jumlah perlawanan setiap pemain dan pemberikan kad oren.
Adakah anda bersetuju dengan saranan Van Basten ini?
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Marco van Basten dan perkembangan bola sepak antarbangsa:
Cadangan Van Basten, Hapuskan Peraturan Offside Dan Banyak Lagi Perubahan
Al-Jazeera Diam Seribu Bahasa Isu Korban Stadium Walaupun Pernah Malukan Malaysia
6,500 Mati, Pemain Norway Protes Penindasan Qatar Terhadap Golongan Buruh
Pemain Yang Patahkan Kaki Kapten Vietnam Didenda VND40 Juta, Perlu Tanggung Kos Rawatan