“Lebih Baik Main Dalam Kelambu Saja” – Jamal Nasir Selar Kelakuan Beremosi Sumareh Yang Kurang Bijak

Walaupun berjaya mencatat keputusan positif sewaktu menentang Hong Kong baru-baru ini dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), nyata masih banyak kelemahan dikesan dalam skuad tersebut termasuk isu disiplin pemain.

Menurut bekas pemain kebangsaan iaitu Datuk Jamal Nasir Ismail, beliau menasihatkan agar para pemain skuad negara tampil lebih berdisiplin serta tidak terlalu mengikut emosi sehingga boleh menyebabkan layangan kad tidak sepatutnya daripada pengadil.

Jelas beliau, tindakan yang dianggap kurang bijak tersebut ketika dalam perlawanan boleh menyebabkan pemain dikeluarkan daripada padang dan memberi kesan buruk dalam taktikal pasukan.

Pada perlawanan tersebut, pemain sayap naturalisasi negara iaitu Mohamadou Sumareh telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil kerana tindakan beliau dilihat sedikit beremosi apabila menumbuk pemain lawan setelah dikasari sebelum itu.

Walaupun dilayangkan kad kuning, tindakan Sumareh sebelum itu dilihat agak keterlaluan dan sepatutnya layangan kad merah boleh terjadi kerana pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sengaja bertindak sedemikian.

Sebelum layangan kad terhadap pemain tersebut berlaku, Sumareh terlebih dahulu sudah terlibat dalam satu perbalahan kecil bersama pemain lawan di atas padang dan hanya amaran diberikan oleh pengadil.

Pada pendapat Jamal, tindakan Sumareh dianggap tidak wajar apabila sepatutnya para pemain profesional perlu bijak mengawal emosi di atas padang dan tidak mengendahkan provokasi daripada pihak lawan untuk mengelakkan diiri daripada sebarang layangan kad.

“Jika tak boleh terima akan dikasari oleh pemain lawan baik bermain dalam kelambu saja kerana itulah risiko sebagai seorang pemain bola sepak.

“Pada perlawanan sebenar seperti kelayakan Piala Asia 2023 kelak, sudah pasti akan dikenakan kad merah dan dibuang padang. Sudah tentu menyusahkan pasukan untuk meraih keputusan positif.

“Perlu ingat, setiap tindakan di atas padang akan mempengaruhi pasukan dan jangan mudah ringan tangan atau kaki hayun pemain lawan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya membenam cabaran Hong Kong dengan keputusan penuh 2-0 hasil jaringan Safawi Rasid di separuh masa pertama dan Safiq Rahim pada penghujung perlawanan.

Sebelum itu, dalam aksi pertama persahabatan itu juga menyaksikan Malaysia tidak berdepan sebarang masalah untuk mengetepikan cabaran Brunei dengan keputusan penuh 4-0.

Selepas ini, Malaysia bakal menghadapi cabaran sebenar mereka dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 untuk bertemu Turkmenistan terlebih dahulu pada 8 Jun ini di peringkat Kumpulan E.

Setelah itu, Malaysia bakal bertemu Bahrain dan akhir sekali Bangladesh dimana semua perlawanan tersebut bakal berlangsung di SNBJ pada bulan ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN