Lebih 24,000 Penyokong Saksi Pesta Gol JDT, Bagaimana Venue Lain Untuk Aksi Sebelah Petang?

penyokong JDT petang

Kehadiran yang memberansangkan bagi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk aksi sebelah petang apabila sebanyak 24,404 penyokong hadir ke stadium.

Sudah 24 perlawanan Liga Super 2023 berlangsung dan terdapat empat aksi telah dilangsungkan pada sebelah petang, bermula jam 5.30 petang.

Hari ini akan berlangsung satu lagi aksi di sebelah petang iaitu di Stadium Bandaraya untuk aksi melibatkan tuan rumah, Penang bertemu Selangor.

Adakah aksi di sebelah petang akan kurang menarik penyokong untuk hadir memenuhi stadium? Tambah-tambah lagi untuk yang tidak berbumbung?

Ia adalah satu inisiatif baharu operator Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) untuk musim 2023. Ini adalah bagi menambah suasana dan pengalaman baharu bagi saingan Liga Super supaya lebih dinamik.

Dan ia hanyalah melibatkan perlawanan pada hujung minggu sahaja.

MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam dipetik berkata, beliau mengharapkan respon yang positif daripada pasukan dan penyokong walaupun pada awal cadangannya menerima tentangan.

Empat aksi sudah dilangsungkan pada sebelah petang melibatkan tiga gelanggang iaitu dua kali dijalankan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Stadium MBPJ dan Stadium Sultan Ismail. Bagaimana dengan sambutan?

Data ini diperolehi daripada portal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Aksi pertama Liga Super di sebelah petang melibatkan pertembungan antara Kelantan dan Kuching City pada 25 Februari yang menyaksikan tiga mata dibawa pulang oleh pasukan pelawat dengan kemenangan 2-1.

Seperti yang diketahui stadium rasmi Kelantan itu tidak berbumbung dan pastinya jika ia diadakan pada sebelah petang, sambutannya agak kurang.

Kapasiti stadium adalah sekitar 22,000 penyokong dan yang telah hadir menyaksikan aksi pembukaan The Red Warriors adalah 5,138 penonton.

Aksi kedua juga masih bertempat di lokasi yang sama, tetapi melibatkan pasukan Kelantan United. Dianggap sebagai serpihan Kelantan, penyokong tentunya kurang memberi perhatian terhadap perlawanan mereka.

Untuk rekod, hanya sekitar 964 penonton telah hadir dalam perlawanan berbanding 6,011 penonton untuk aksi Kelantan menentang Penang pada sebelah malam, keesokkan harinya. Jelas perbezaan ketara antaranya.

Pada hari yang sama iaitu 5 Mac, Selangor menjadi tuan rumah kepada Sri Pahang di Stadium MBPJ. Jumlah kehadiran direkodkan adalah sebanyak 8,504 penonton. Ia lebih tinggi berbanding aksi pertama mereka di venue sama yang telah mencatatkan kehadiran sebanyak 6,701 penyokong.

Dan JDT akhirnya menjadi tuan rumah untuk aksi sebelah petang buat kali pertama, kelmarin dan telah merekodkan kehadiran tertinggi setakat ini.

Sebanyak 24,404 penyokong hadir ke SSI untuk menyaksikan JDT meraih kemenangan 5-1 ke atas Kelantan, petang semalam. Ini bukanlah kali pertama mereka melangsungkan aksi di sebelah petang apabila di saingan AFC Champions League (ACL) lalu, perlawanan adalah di sebelah petang.

Jadi, bagaimana untuk aksi kelima yang dimainkan pada waktu petang antara Penang dan Selangor nanti? Rekod kehadiran di Stadium Bandaraya sebelum ini untuk aksi pertama adalah sekitar 3,754 penonton sahaja.

Adakah ia akan menjadi rekod terendah atau tiada perubahan ketara? Kapasitinya lebih rendah berbanding Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN