Lebih 100 orang penyokong termasuk anak jati Pulau Manis serta rakan dari pasukan komuniti Terengganu hadir pada majlis ramah mesra penaja dan memperkenalkan pemain FC Pemanis, semalam.
Meskipun sekadar beraksi dalam saingan Liga M4, langkah proaktif diambil pengurusan FC Pemanis berjaya membuka mata banyak pihak [penaja] dan menjadi antara kelab komuniti yang mencuri tumpuan.
Lebih menarik, ia juga turut menggamit sokongan padu penduduk setempat buat kelab komuniti tersebut.
Sepanjang menghadapi musim 2019/20, syarikat tempatan berasaskan minyak herba, Asmak berbesar hati menjadi penaja utama buat FC Pemanis.
Selain itu, pasukan yang merasai nikmat beraksi dalam saingan Piala FA 2019 itu turut menjalinkan hubungan dengan beberapa rakan penaja seperti berikut:
1. Sternland Development (Rakan Rasmi)
2. Kaki Jersi (Penaja Rasmi Jersi)
3. P Food Station (Kafe Rasmi)
4. Matdar Alter (Refreshment)
5. MISZ Home Physio (Pasukan Medik Rasmi)
6. TAC Outdoor (Rakan Penaja)
7. We Print (Official Printing)
8. Serada Reality (Penaja Rasmi)
9. Cubicprintwork (Official Travel Kit)
10. Eman 96 (Rakan Penaja)
11. TN Heavy Eng (Rakan Penaja)
12. Pesona Housebot (Rakan Penaja)
13. Sek. Keb. Serada / Padang Wembley Serada (Padang latihan rasmi)
FC Pemanis ketika ini sedang bersaing dalam saingan Liga Super Terengganu Amateur League (TAL) 2019 yang sudah melalui enam perlawanan.
Selepas enam perlawanan tersebut, FC Pemanis menghuni tangga kelapan selepas mencatatkan satu kemenangan, dua keputusan seri dan tiga kekalahan bagi mengumpul lima mata.
Kredit foto: FC Pemanis