Lazarus Kaimbi Perkuatkan Jentera Serangan Skuad Tok Gajah

Dalam usaha untuk memperbaiki kelemahan jentera serangan, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) telah menandatangani pemain dari Namibia, Lazarus Kaimbi untuk berganding dengan Dickson Nwakaeme.

Pemain yang berusia 31 tahun itu dibawa masuk bagi menggantikan tempat pemain import dari Brazil, Jose Eduardo atau Ze Love yang gagal menampilkan prestasi konsisten dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Kami mengesahkan bahawa Kaimbi secara rasmi menjadi pemain baharu Pahang dan dia diberi peranan untuk memperkuatkan jentera serangan.

“Kehadiran Kaimbi ketika tarikh tutup jendela perpindahan pemain tamat hari ini adalah bagi membantu pasukan yang kini berdepan masalah ketumpulan bahagian serangan.

“Kontrak Kaimbi bersama Pahang sehingga hujung musim ini bagi mengharungi baki saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia,” kata sumber dalam Harian Metro.

Lazarus Kaimbi pernah beraksi dengan Bangkok Glass dalam saingan Liga Thailand.

Selain Kaimbi, Forkey Doe dari Liberia yang juga bekas pemain Pahang musim lalu, turut menjalani latihan percubaan bersama skuad kendalian Dollah Salleh awal minggu lalu namun tidak dipilih atas sebab-sebab tertentu..

Musim lepas, Kaimbi menyertai pasukan Kelantan tetapi terpaksa disingkirkan daripada skuad The Red Warriors kerana mengalami kecederaan putus urat keting.

Pahang turut mengekalkan khidmat pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani meskipun terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan pemain itu bakal digantikan dengan pemain dari Singapura, Faris Ramli untuk slot pemain Asia Tenggara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN