Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadikan diri mereka selaku kelab penanda aras di Malaysia dengan pelbagai kejayaan dan kejutan dicipta untuk menjadikan kelab tersebut semakin mendapat perhatian di mata dunia.
Setelah kejayaan dicipta menjadi juara kumpulan I dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), JDT kini bakal menjadi pasukan pertama dalam Malaysia yang merasai sistem Video Assistant Referee (VAR) di gelanggang sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) tidak lama lagi.
JDT was the best performing Southeast Asian club in the 2022 AFC Champions League despite being drawn in arguably the toughest group with Asia's No.1 (Kawasaki Frontale) and No.3 (Ulsan Hyundai) clubs according to https://t.co/sqFYLPkIIC.
Source: https://t.co/7y11FsVDCO pic.twitter.com/9vug6gEv16
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 2, 2022
Sistem tersebut bakal digunakan oleh kesemua pasukan yang layak beraksi di pusingan kalah mati dan JDT menjadi salah satu kelab yang bakal merasai pengalaman tersebut setelah disahkan oleh pihak AFC.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh web rasmi AFC, sistem tersebut kali terakhir digunakan pada saingan ACL musim lalu dan mencatat sejarah kali pertama digunakan sejak kejohanan tersebut ditubuhkan.
Sistem VAR akan terus digunakan pada tahun ini dalam pusingan kalah mati serta final bagi memberi penanda aras baharu buat kejohanan tersebut pada sistem pengadilan atas padang.
Tujuan penggunaan VAR adalah untuk meminimumkan kesalahan-kesalahan atas padang yang kadangkala gagal dikesan oleh pengadil selain visual lebih jelas dapat dilihat untuk mengesan situasi seperti penalti, kekasaran atau layangan kad.
🖥 VAR SET FOR 2022 AFC U23 ASIAN CUP & AFC CHAMPION LEAGUE KNOCKOUT STAGE
🔸The AFC U23 Asian Cup Uzbekistan 2022™ will utilise the Video Assistant Referee (VAR) in all 32 matches.
🔸The VAR will also be used from the Knockout Stage of the AFC Champions League 2022™.#AFC pic.twitter.com/hjNln56bis
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 15, 2022
Untuk perlawanan akan datang, JDT bakal bertemu pasukan dari Jepun iaitu Urawa Red Diamond pada bulan Ogos ini di Stadium Sultan Ibrahim dan sistem tersebut bakal digunakan buat pertama kali di Malaysia dalam pentas ACL.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) antara individu yang pernah membangkitkan isu berkenaan selain pemilik Kelantan iaitu Norizam Bin Tukiman untuk digunakan dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Momen bersejarah ini juga bakal disaksikan secara realiti oleh para penyokong yang hadir di sana untuk melihat perlawanan tersebut dan bakal dinilai sendiri oleh pemerhati bola sepak tempatan jika VAR sesuai digunakan atau tidak di Malaysia pada masa akan datang.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!