Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau bertanggungjawab di atas kekalahan Manchester United di tangan Newcastle pada Ahad.
Jaringan tunggal Matty Longstaff telah membuatkan Man United terjerumus ke tangga ke-12 dengan hanya 2 mata daripada zon penyingkiran.
Walaubagaimanapun, Ole percaya, perlawanan seterusnya menentang Liverpool akan menjadi pertarungan yang sempurna untuk mereka selepas tewas di tangan Newcastle.
Ini kerana beliau yakin para pemain akan bersungguh-sungguh mahu bangkit di hadapan para penyokong mereka.
Manchester United akan melayan kunjungan Liverpool selepas minggu antarabangsa. Perlawanan akan berlangsung di Old Trafford.
United kini hanya mengumpul 9 mata daripada 8 perlawanan. Manakala Liverpool sudah mengumpul mata maksimum 24. Liverpool juga menikmati 17 perlawanan EPL dengan kemenangan berturut-turut.
Solskjaer sudah tidak sabar dan teruja untuk bangkit berhadapan dengan Liverpool. Bercakap kepada BBC, Ole berkata: “Itu adalah perlawanan yang sempurna untuk kami.”
Ole Gunnar Solskjaer says Manchester United are going through a "difficult period" but their next match against Liverpool is the 'perfect game' for them.
Watch: https://t.co/zvqVS0bVZK pic.twitter.com/fW47eadtVw
— BBC Sport (@BBCSport) October 6, 2019
“Rehat antarabangsa kali ini juga pada masa yang sempurna, kerana para pemain kami perlu merehatkan minda mereka sedikit.”
“Ianya tidak akan membantu jika kami terus mengadakan perjumpaan dengan mereka esok.”
“Mereka akan balik untuk tugasan antarabangsa. Bertemu dengan rakan-rakan di sana. Dan kembali ke sini semula dalam keadaan segar.”
“Kami ada masa-masa yang indah bersama. Kami bersama-sama melakukan persiapan pada pra musim. Kami terikat pada prinsip yang sama.”
“Kami gagal mendapatkan keputusan yang kami mahukan hari ini. Namun kami akan terus berusaha.”