Lawan Kelantan United Bukan Bermakna Selangor Boleh Bersenang-Lenang

Selangor

Selangor yang mengharungi musim yang penuh suram pada tahun ini berpeluang untuk menamatkannya dengan nota kegembiraan apabila berkunjung ke Kota Bharu untuk aksi Piala Malaysia 2022 menentang Kelantan United.

Dengan format baharu yang menyaksikan perlawanan dikurangkan, Selangor hanya perlu melepasi beberapa cabaran sebelum boleh bermimpi untuk merangkul gelaran ke-34 piala berprestij itu.

Namun begitu, jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe tidak mahu skuadnya memandang rendah keupayaan lawan mereka dari Liga Premier itu.

Kata Cheng Hoe, setiap aksi di terutamanya di tempat lawan adalah sukar dan setiap pemain harus melakukan yang terbaik untuk memperoleh kemenangan untuk dibawa ke aksi timbal balik.

“Kami tahu perlawanan di tempat lawan adalah satu perlawanan yang sukar namun para pemain sudah bersedia.

“Kami akan berwaspada akan kekuatan pasukan Kelantan United,” kata Cheng Hoe.

Kelantan United hadir sebagai antara pasukan terbaik Liga Premier musim ini dengan skuad dari Pantai Timur itu pastinya tidak mahu dianggap lawan mudah buat Selangor.

Untuk memastikan Selangor akan berasa gerun apabila tiba di Kota Bharu, sokongan penyokong amat ditagih oleh Kelantan United bagi memastikan kemenangan milik mereka.

“Kepada penyokong setia kami serta peminat di Kelantan, Kelantan United memerlukan sokongan anda. Sorakan anda kepada kami, jika diizinkan Allah akan membangkitkan semangat pemain untuk memberikan segalanya pada perlawanan ini.

“Aura keramat Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tidak pernah padam. Kami yakin sokongan padu anda semua sudah pasti memberikan banyak kelebihan kepada pemain untuk beraksi dengan cemerlang dan mengecewakan Selangor FC,” kata kelab dari Kelantan itu.

Pemenang antara Selangor dan Kelantan United akan bertemu sama ada Kedah Darul Aman atau Negeri Sembilan di suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN