Latiff Suhaimi Tenang Tunggu Lamaran Selepas Dilepaskan Selangor

Pemain pertahanan, Abdul Latiff Suhaimi kekal tenang walaupun menjadi antara pemain yang tidak disambung kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Secara teknikal, pemain itu masih lagi merupakan pemain skuad Red Giants kerana kontrak beliau bersama pasukan itu hanya akan tamat pada penghujung November ini.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau juga mengesahkan sehingga kini dirinya belum dilamar mana-mana pasukan lagi.

ONCE RED, #ALWAYSRED.

FA Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Michal Nguyen, Endrick Dos Santos,…

Posted by FA Selangor on Saturday, November 16, 2019

“Buat masa ini, belum ada mana-mana pasukan lagi tetapi saya bersedia berunding dengan mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya termasuk Selangor,” ujar beliau.

Sepanjang musim lalu, pemain pertahanan berusia 30 tahun yang pernah menyarung jersi Terengganu FC itu sering kali beraksi sebagai pemain gantian di bahagian pertahanan tengah untuk pasukan Selangor.

Namun ia tidak cukup untuk menambat hati Ketua Jurulatih, B. Satianathan untuk mengekalkan pemain itu untuk musim hadapan.

Antara pemain lain yang turut dilepaskan oleh Selangor selepas tamat saingan Liga Malaysia pada musim ini adalah Michal Nguyen, Endrick Dos Santos, Faiz Nasir, Nurridzuan Abu Hassan, Azreen Zulkafali, Fandi Othman dan Norhakim Isa

Selain daripada Terengganu FC, Latiff turut pernah menyarung jersi pasukan Pulau Pinang, Felda United, PDRM, Kedah dan juga T-Team.

“Saya tetap positif dan percaya rezeki tetap ada biarpun hanya semusim bersama Selangor, mungkin rezeki saya selepas ini dengan pasukan lain pula.

“Saya ucapkan terima kasih kepada FAS yang memberi peluang kepada saya beraksi bersama pasukan itu yang saya sifatkan bagaikan satu keluarga apatah lagi banyak kenangan manis dengan Selangor,” katanya.

 

Kredit Foto: asiana.my/ FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN