“Last League Game As Black Panther” – Endrick Sah Tinggalkan Penang?

Endrick dos Santos Penang 2022 IG Story

Jika ada yang mengikuti perkembangan maestro Penang FC, Endrick dos Santos sebelum ini, telah dikatakan ini adalah musim terakhirnya di sana.

Dan hantaran terkini di IG Story Endrick seolah-olah mengesahkan yang aksi malam ini bakal menjadi aksi terakhir Liga Super beliau bersama mereka.

Titip pemain yang memakai jersi nombor 14 itu, “Waktu jatuh dan bangun bersama Penang, aksi terakhir liga sebagai pemain Harimau Kumbang.”

Penang akan melayan kunjungan Selangor FC dalam aksi terakhir liga musim ini yang menyaksikan mereka gagal mempamerkan prestasi baik.

Mereka menamatkan musim kedua di saingan tertinggi Liga Malaysia 2022 di kedudukan tercorot – merundum berbanding tangga ketiga, musim lalu.

IG Story Endrick dos Santos Penang 2022
FOTO: IG Story Endrick dos Santos

Nampaknya, Endrick seperti mengesahkan tiada lagi kelibatnya di Stadium Bandaraya pada musim hadapan. Ke manakah hala tuju pemain ini?

Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang pernah timbul sebelum ini, beliau mungkin masih kekal di saingan Liga Malaysia bersama pasukan lain.

Dengan potensi untuk direkrut sebagai pemain tempatan pada musim hadapan, kudratnya pasti diintai beberapa pasukan besar selepas ini.

Namun, menerusi perkongsian oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Januari lalu, Endrick akan direkrut mereka pada 2023 sebagai pemain tempatan. Ia telah menggemparkan arena bola sepak tempatan terutamanya di Pulau Pinang. Ini kerana, Penang selepas itu menafikan perkhabaran tersebut.

Endrick Adalah Pemain Penang FC Sejak Awal, Bukan Dipinjam Dari Mana-Mana Pasukan!

Kisah Endrick ini sudah cukup lama dibincangkan sejak musim 2020 lagi, iaitu selepas pemilik JDT, TMJ dikatakan berkata mahu menaturalisasi Endrick menerusi satu temu bual bersama Astro Arena pada ketika itu.

Ia diikuti dengan kenyataan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai dua pemain naturalisasi yang bakal menyertai mereka pada saingan musim 2022 menerusi video di bawah ini.

Begitupun, pendedahan tersebut dibuat tanpa menyebut nama pemain terlibat. Jika diamati, dua pemain tersebut telah pun tiba ke Iskandar Puteri selepas itu iaitu Mohamadou Sumareh dan Guilherme de Paula. Sumareh tiba pada Februari 2021 dan Guilherme de Paula pula pada Mei 2021.

Dan jika benar sekalipun jodoh Endrick adalah JDT, ia hanya akan berlaku pada Januari 2023 apabila playmaker itu melengkapkan tempoh lima tahun di Malaysia dan selesai proses untuk dinaturalisasikan oleh pasukan.

Menurut kenyataan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, tempohari, mereka akan merekrut kapten Penang FC, Endrick sebagai pemain naturalisasi, bukan pada musim ini, tetapi pada musim 2023. Memetik katanya di JST:

“JDT juga akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan untuk dinaturalisasi.”

Dengan saingan Piala Malaysia 2022 akan berlangsung secara kalah mati sepenuhnya, potensi untuk Penang beraksi banyak perlawanan adalah kecil. Dengan prestasi semasa, Harimau Kumbang agak sukar untuk melangkah jauh dalam kempen kali ini dan mungkin hanya terhad untuk dua aksi.

Mungkin itu yang menyebabkan beliau memuat naik titipan tersebut.

Jika benar beliau meninggalkan Penang, tentunya khidmat baktinya akan dikenang selepas tiga musim bersama mereka. Walaupun terpalit dengan kontroversi ke JDT, jasanya tidaklah akan terpadam begitu sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN