Laporan Prestasi Presiden FAM Sepanjang 100 Hari Tunjuk Perkembangan Positif

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan laporan prestasi  Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin sebagai Presiden FAM dalam tempoh 100 hari selepas dipilih secara rasmi pada Kongres FAM Kali Ke-54 pada 14 Julai 2018.

Bentuk peratusan mengenai perkembangan segala program yang dilakukan oleh beliau dipaparkan dalam info grafik di laman facebook rasmi FAM untuk memudahkan kefahaman para peminat bola sepak tanah air.

Menurut info grafik ini, terdapat lima perkara asas teras kepimpinan dan harapan Dato’ Haji Hamidin selaku Presiden FAM untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun.

5 perkara asas pertama tersebut ialah Tadbir Urus – Pengurusan & Pentadbiran sudah mencapai 28%, perkara asas kedua – Pasukan Kebangsaan 50%, perkara asas ketiga – Program Pembangunan 39%, perkara asas keempat – Pertandingan 15% dan perkara asas kelima – Pemasaran & Komunikasi 24%.

“Secara keseluruhan, dalam tempoh hanya 100 hari ini saja, 31.2% teras kepimpinan bagi jangka masa tiga tahun ini sudah pun berjaya dilaksanakan oleh FAM.

“Sudah tentu ia tidak terhenti setakat ini dan pasti akan diteruskan lagi usaha serta kerja keras sepanjang tempoh tiga tahun sehingga berakhirnya penggal kali ini iaitu pada tahun 2021,” kata kenyataan daripada FAM.

Dato Hamidin Mohd Amin bersama para pemain dan jurulatih skuad bawah 19 tahun negara. FOTO: FAM

Selain teras kepimpinan tersebut, tempoh 100 hari pertama ini juga telah menampakkan perkembangan cukup positif apabila beberapa kejayaan dicapai oleh FAM, antaranya:

1. Merangkul Anugerah Dream Asia AFC atas kerja-kerja pembangunan akar umbi

2. Menganjurkan dengan jayanya Kejuaraan B-16 AFC 2018, yang juga kejohanan pertama AFC yang dianjurkan FAM sejak Piala Asia 2007

3. Memeterai perjanjian dengan CustomCraft (M) Sdn Bhd sebagai rakan komersial terbaharu

4. Muncul juara Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Indonesia

5. Muncul tempat ketiga Kejuaraan B-16 AFF 2018 di Indonesia

6. Menampilkan Mohamadou Sumareh sebagai pemain naturalisasi pertama untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan, Harimau Malaya

7. Melancarkan kursus Diploma Eksekutif Pengajian Bola Sepak UiTM

Banyak lagi perkara positif dan kejayaan akan dapat dicapai selepas ini jika seluruh warga kerja FAM termasuk Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif serta Sekretariat Agung yang diketuai Stuart Ramalingam terus bekerja keras dan pada masa sama, ahli-ahli gabungan FAM serta warga bola sepak di seluruh negara termasuk para penyokong semua turut tampil memberikan kerjasama penuh dan sokongan berterusan demi kita sama-sama berjuang untuk memartabatkan bola sepak Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN