Pada 23 Oktober ini, AC Milan akan melayan kunjungan Juventus di San Siro. Pencapaian Milan musim ini di bawah Montella agak memuaskan setakat ini. Berikut adalah rumusan kempen mereka setakat ini.
1. Perlantikan Montella
Pada Julai 2016, AC Milan mengumumkan perlantikan lagenda AS Roma, Vicenzo Montella sebagai pengendali mereka. Milan membayar €500,000 kepada Sampdoria untuk klausa perlepasan.
Montella memiliki rekod yang baik ketika mengendalikan Fiorentina. Beliau berjaya membantu Fiorentina menamatkan Serie A di tangga ke-4 walaupun ramai pemain utama beliau terpaksa dijual.
2. Transaksi Perpindahan Pemain
Hanya Gianluca Lapadula yang dirasakan perpindahan utama Milan kali ini dengan Carlos Bacca kian dikaitkan dengan perpindahan keluar dari San Siro.
Montella dikatakan hanya akan melepaskan Bacca dengan harga yang tinggi kerana mahu menggunakan duit itu untuk pembelian pemain.
West Ham melakukan sekurang-kurangnya 2 kali bidaan, namun ditolak oleh Milan kerana tidak menepati paras harga yang diletakkan oleh Milan.
Milan gagal mendapatkan 3 sasaran utama mereka iaitu, Zielenski, Badelj dan Paredes kerana kuasa beli yang rendah dan ada juga menyatakan ia juga kerana kegagalan mereka menjual Bacca.
Gustavo Gomez hanya dibeli selepas gagal mendapatlan Musachio. Mereka hanya mampu meminjam Psalic dan Matias Fernandez. Ramai bintang mereka keluar termasuk El-Sharawy.
3. Falsafah Montella
Jurulatih muda ini lebih mementingkan aspek semangat berpasukan. Beliau tidak mahu pemain datang ke Milan semata-mata kerana duit dengan perpindahan besar.
Beliau tidak mahu membuang masa membincangkan tentang perkara-perkara seperti adakah pemain ini layak bermain dalam kesebelasan utama?
Beliau sudah ada pilihan siapa pemain utama. Donraruma terus diumumkan sebagai penjaga gol utama tanpa perlu memberikan banyak penjelasan.
Seorang lagi penjaga gol muda Alessandro Plizzari (16 tahun) turut dipromosi ke pasukan utama sebagai penjaga gol ke-3.
Siapa yang bekerja keras di dalam latihan akan diberikan peluang yang lebih baik walaupun mereka mungkin tidak begitu berbakat secara teknikal.
4. Analisis Pertahanan
Musim lalu, pertahanan AC Milan boleh dianggap ‘kepala angin’. Ada kalanya mereka cemerlang dan ada kalanya seperti tidak betul.
Musim ini ada potensi yang jelas mereka akan lebih baik daripada musim lalu. Setakat perlawanan ke-7 ketika artikel ini ditulis, mereka sudah melakukan 3 clean sheet.
Dalam jumlah yang sama awal musim lepas mereka melepaskan 5 gol dan juga 3 kad merah. Ia jelas menunjukkan pemain mereka ada masalah disiplin.
Musim ini Romagnoli dan Gabriel Paletta menjadi pemain yang penting di bek dengan peningkatan dari segi keyakinan diri untuk berhadapan dengan penyerang-penyerang berbisa di Itali.
Romagnoli setakat ini merekodkan statistik 1.5 hadangan per perlawanan dan juga 2 bentesan bersih per perlawananan. Ia statistik sebaiknya ada pada pemain bek utama pasukan seperti Milan.
Milan ada lima pilihan untuk bek sisi. Pemain seperti Calabria dan De Sciglio pula boleh bermain di banyak posisi.
Ignazio Abate telah meningkatkan sumbangan beliau dari segi serangan dengan 0.8 hantaran lintang per perlawanan dan 1 hantaran bahaya per perlawanan.
Seorang lagi pemain yang menyerlah setakat ini adalah Davide Calabria. Pemain berusia 19 tahun ini dijangka akan menjadi pemain bernilai tinggi dalam masa terdekat.
Calabria memiliki kadar gelecekan paling tinggi dalam pasukan Milan setakat ini dengan 1.5 gelecekan berjaya per perlawanan.
Calabria turut membuktikan dia boleh bertahan dengan kental dengan rekod 2.3 bentesan dan 1.3 pintasan per perlawanan. Ia mengatasi statistik Abate dengan 2.4 bentesan dan 0.6 pintasan per perlawananan.
Mattia De Sciglio sudah mulai menemui keyakinan beliau sejak aksi cemerlang di Piala Eropah lalu. Beliau pastinya terkesima dengan gelaran “Maldini baru” yang diberikan oleh peminat AC Milan ke atas beliau.
Hanya Kucka yang memenangi lebih banya duels udara daripada Sciglio musim ini.
Seorang lagi pemain pertahanan yang cemerlang adalah Luca Antonelli. Beliau antara pemain Milan yang sangat digemari peminat pada musim lalu kerana berjaya beraksi konsisten berbanding beberapa pemain lain.
5. Analisis Tengah
Ketika Milan mengumumkan mahukan Montolivo pada 2012, ramai penyokong Milan merasakan ia tidak akan membantu banyak dalam pasukan.
Mereka menuduh Montolivo sebagai pemalas dan perlahan. Namun sejak beberapa tahun selepas itu beliau menjadi tulang belakang kepada pasukan di bahagian tengah. Musim lalu Montolivo melakukan 86.3% hantaran tepat.
Jose Sosa pula pemain yang dikurniakan dengan teknik yang bakat bola sepak yang hebat. Kemahiran menggelecek Sosa sangat baik namun masih banyak perlu diperbaiki dari segi kreativiti.
Juraj Kucka dan Giacomo Bonaventura adalah pilihan utama Montella untuk beraksi di tengah dalam sistem 4-3-3.
Kucka memiliki dengan kadar kerja yang luar biasa. Sikap never say die beliau mengingatkan Milan kepada Clarence Seedorf yang sentiasa berjuang selagi ada nafas di dalam padang. Walaupun Kucka tidak selincah Seedorf.
Duo Kucka-Bonavntura dengan cepat memenangi hati penyokong AC Milan yang sebelum ini kecewa dengan tiada pembelian marquee di bahagian tengah.
Kucka memenangi duels udara dengan kadar 3.2 per perlawanan. Beliau adalah pemain Milan yang paling banyak melakukan terjahan dengan 2.6 terjahan per perlawanan.
6. Serangan
Milan setakat ini bermain dengan serangan serangan trio (attacking 3). Pemain serangan telah menjaringkan 9 daripada 12 gol Milan musim ini.
Niang, Suso dan Bacca dilihat gandingan yang serasi. Ia memang impian untuk semua pengurus untuk melihat trio serangan mereka bergandingan baik secepat mungkin.
Niang memiliki kelajuan dan sentiasa cuba melakukan cubaan gol dari semua arah. Beliau setakat ini merekodkan 2.8 cubaan gol per perlawanan.
Beliau jelas menjadi penyerang yang tidak digemari pertahanan lawan kerana fizikal dan kelajuannya. Setakat ini, Niang telah dikasari 2.5 kali per perlawanan.
Bintang buangan Liverpool, Suso mungkin antara bakat yang paling tidak didendang di liga utama Eropah musim ini. Suso menunjukkan peningkatan mendadak dan menjadi pusat kreativiti Milan.
Beliau mengakui Niang adalah pemain yang penting untuk corak permainan beliau.
2 assists dengan 2 cubaan per perlawanan. Suso yang sangat dominan untuk mengawal tempo perlawanan dan ruang di bahagian sayap dengan 1.6 hantaran bahaya, 2 gelecekan dan 0.7 hantaran lintang untuk setiap perlawanan.
Carlos Bacca mungkin akan menyesal sekiranya meneruskan hasrat untuk menyertai West Ham musim ini. Ini kerana Montella seakan-akan sudah menyediakan sistem yang sangat sesuai dengan beliau.
Bacca sudah menjaringkan 6 daripada 7 perlawanan dalam Serie A.
Montella turut memiliki persaingan yang baik di bahagian serangan dengan adanya Lapdula dan Luiz Adriano.
Baca juga:5 Gaji Pemain Dan Pengurus Tertinggi Di Serie A Pada Musim 2016/2017