Laporan Piala FA Inggeris Pusingan Ke-2, Wimbledon Bangkit, Bristol Rovers Dikejutkan

Piala FA Inggeris musim 2016-17 akan memasuki Pusingan Ketiga. Tetapi pada hujung minggu lalu Pusingan Kedua sudah pun diadakan.

Namun, dua keputusan perlawanan pada pusingan ini amat memeranjatkan!

1. Luton Town 6-2 Solihull Moors

Pasukan pelawat mendahului 2 gol pada separuh masa pertama. Tetapi Luton bangkit mengejar di hadapan penyokong sendiri. Danny Hylton menjaringkan gol pertama Luton pada minit ke-51. 3 minit kemudian, John Mullins menyamakan kedudukan.

Pada minit ke-59, Luton mendahului dengan jaringan oleh Stephen O’Donnell. Jack Marriott menambah derita pasukan pelawat dengan menambah gol sewaktu minit ke-63.

Gol kelima Luton dijaringkan pada minit ke-89 oleh Stephen O’Donnell. Jack Marriott menambahkan koleksi gol pada perlawanan ini pada minit 90+2.

Luton yang kini bermain di League Two terselamat dari dikejutkan Solihull Moors yang beraksi di saingan National League.

2. Curzon Ashton 3-4 AFC Wimbledon

Ingat Bournemouth sahaja yang boleh bangkit minggu lalu. Kelab ‘legend’ AFC Wimbledon yang anda mungkin pernah dengar nama pun boleh. Mereka juga pemenang Piala FA 1988.

Cuba anda bayangkan, pasukan anda telah mendahului 3 gol tanpa balas selama 62 minit permainan di hadapan penyokong sendiri. Kemudiannya, pasukan pelawat bangkit untuk mengubah keputusan.

Ini terbukti dalam perlawanan semalam, Curzon Ashton mendahului Wimbledon selama 62 minit dengan 3 gol tanpa balas. Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Adam Morgan.

10 minit akhir perlawanan, segalanya berubah. AFC Wimbledon menghukum pasukan tuan rumah. Tom Elliott menjaringkan gol pada minit 80.

Seterusnya, Dominic Poleon mencetak gol kedua seminit kemudian. Pada minit ke-82, Tyrone Barnett menjaringkan gol penyamaan.

Ramai menyangka perlawanan ini akan berakhir dengan seri dan perlawanan ulangan diadakan! Tetapi Tom Elliott sekali lagi menjaringkan gol sekaligus gol kemenangan pada minit kecederaan (90+4).

Pasti penyokong tuan rumah pulang dengan hampa. Curzon Ashton kini bersaing di National League North pada musim ini. AFC Wimbledon pula bermain di League One.

Hatrik Adam Morgan yang sia-sia!

Yang Memalukan

Di sebalik kisah mengejutkan, terselit 2 lagi keputusan yang biolah dianggap memalukan.

1. Bristol Rovers 1-2 Barrow

Bristol Rovers yang berada di League Two dimalukan oleh lawan dari National League, Barrow! Bristol Rovers mendahului seawal minit ke-10 oleh jaringan Rory Gaffney.

Dua gol oleh pemain Barrow, Byron Harrison pada minit 16 dan 61 cukup membuatkan pasukan tuan rumah menderita!

2. Sutton United 2-1 Cheltenham Town

Pada minit ke-35, Danny Wright menjaringkan gol pertama dalam perlawanan ini untuk Cheltenham Town. Cheltenham Town bermain di League Two.

Kemudian Sutton United menyamakan kedudukan dengan jaringan oleh Matt Tubbs selepas bermula separuh masa kedua. Sutton United meraih gol kemenangan pada minit kecederaan (90+6) oleh Roarie Deacon.

Sutton United kini bermain di National League. Kali terakhir mereka melangkah ke Pusingan Ketiga Piala FA ialah pada 22 tahun yang lalu.

Kesimpulan

Piala FA Inggeris sering menghidangkan peminat di seluruh dunia kejutan (giant-killing) pada hampir setiap musim. ‘Giant-killing’ ini bererti kelab dari liga bawahan mengalahkan kelab yang bermain di liga lebih teratas!

Barangkali Pusingan Ketiga musim ini akan menawarkan kejutan-kejutan yang lagi luar biasa! Siapa tahu?

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga : Bola Sepak Pantai, Cabang Bola Sepak Yang Jarang Mendapat Perhatian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN