Ia adalah hari yang cukup kejam untuk bolasepak Ireland Utara. Mereka mengakhiri kempen indah mereka dengan jaringan sendiri oleh Gary McAuley. Detik yang tak akan dilupakan McAuley dan seluruh warga Ireland Utara.
Wales pula meneruskan kisah dongeng bolasepak mereka. Wales akan ke Lille pada hari Jumaat depan, menanti sama ada Belgium atau Hungary.
Wales semakin menghampiri rekod pada Piala Dunia 1958 apabila mereka berjaya mara ke suku akhir dalam kejohanan besar.
Ireland bertahan dengan baik
Sepanjang perlawanan, gandingan Bale dan Aaron Ramsey telah ‘didiamkan’ oleh McAuley dan Jonny Evans. Di tengah padang pula Noorwood berjaya mengawal bahagian itu dengan baik.
Taktikal Ireland adalah untuk mengecewakan apa sahaja yang cuba dilakukan oleh Wales dan cuba melancarkan counter attack.
Ancaman Ireland Utara
Stuart Dallas, dua kali memaksa penjaga gol Wales, Wayne Hennessey untuk melakukan saves dalam 22 minit pertama.
Manakala Lafferty seharunsya melakukan yang lebih baik apabila menerima hantaran silang Jonny Evans.
Pemain wingback Wales Chris Gunter kemudiannya bekerja keras untuk menafikan cubaan Craig Cathcart yang menyambut sepakan percuma Norwood.
Wales tumpul
Wales yang sebelum ini sangat tajam dengan kemenangan 3-0 ke atas Russia, kali ini nampak serba tak menjadi di hadapan gol.
Wales kemudian terpaksa meningkatkan intensiti permainan pada separuh masa kedua. Mereka mahu beraksi lebih pantas. Namun mereka telah dicabar hebat di semua bahagian oleh Ireland Utrara.
Sam Vokes mempersia-siakan peluang keemasan pada minit ke-53. Beliau menanduk liar hantaran daripada Aaron Ramsey.
Inspirasi Bale
Wales nampak tertekan dan Gareth Bale sekali lagi menjadi inspirasi mereka apabila beliau meningkatkan ancaman ke arah kubu Ireland Utara.
Bale melakukan sepakan percuma menarik namun diselamatkan McGovern.
Ketika Wales dilihat agak sukar mencapai apa apa dalam perlawanan ini, Bale akhirnya melakukan magis sekali lagi.
Bale menerima bola dari Ramsey di hujung kawasan kotak penalti. Beliau kemudian melorongkan hantaran silang yang rendah.
McAuley, ditekan oleh Hal Robson-Kanu dan beliau cuba untuk menghalang bola daripada connected dengan Robson Kanu. Namun usaha beliau membawa kepada jaringan sendiri dan ia menjadi gol kemenangan Wales.
Ini adalah perlawanan pertama dalam Piala Eropah kali ini, Bale gagal menjaringkan gol untuk Wales.
Man of The Match
Jamie Chester (Wales)
Statistik
Wales Mara !
Tahniah Wales kerana berjaya memenangi perlawanan yang sukar ini. Satu kempen yang mengujakan ramai pihak. Pasukan ini berpotensi untuk pergi lebih jauh.
[adrotate banner=”9″]