Laporan Penuh Tiada, AFC Tidak Boleh Ambil Tindakan Ke Atas Indonesia

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengecam tindakan melampau penyokong Indonesia yang didakwa menghina negara dan terbalikkan bendera Malaysia ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Thailand dalam kejohanan Bawah 16 (B-16) AFF 2018 semalam.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, pihaknya sudah menerima surat bantahan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung insiden itu namun mereka tidak boleh ambil tindakan kerana masih menunggu laporan penuh daripada pihak FAM.

“Sehingga kini kami hanya menerima surat bantahan daripada FAM tapi belum menerima laporan penuh insiden itu jadi AFC tidak boleh apa-apa tindakan. Butiran surat yang FAM serahkan itu sama seperti yang kami tahu menerusi laporan berhubung insiden berkenaan.

“Laporan penuh itu hanya AFF yang ada jadi kami akan mendapatkan laporan itu terlebih dahulu. AFF juga boleh mengambil tindakan terhadap insiden ini bersama pihak tuan rumah Indonesia. Kita berharap perkara ini dapat diatasi segera dan tidak berulang lagi,” kata Windsor kepada Berita Harian.

Dalam perlawana semalam, beberapa penyokong Indonesia telah mencemuh dan menghina negara kita serta pemain muda Amirul Ashrafiq Hanifah.

Jelas kedengaran sorakan Malaysia itu anjing dan Amirul itu anjing ketika perlawanan sedang berlangsung. Sebelum ini pemain mudah itu diugut bunuh oleh beberapa laman penyokong.

Pada aksi itu, anak buah Raja Azlan Shah Raja So’ib membuka kempen mereka dengan langkah kiri apabila tumbang 1-2 di tangan juara tiga kali, Thailand.

https://twitter.com/jfrzzl_/status/1023905355166695424

Provokasi terbaharu itu menyebabkan penyokong Malaysia mendesak AFF dan AFC menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) memandangkan FAM pernah didenda atas kesalahan sama sebelum ini.

FAM didenda AS$30,000 (RM121,000) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘anjing’ kepada penyokong Brunei dan Singapura pada Sukan SEA 2017.

Penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘Brunei anjing dibunuh saja’ pada aksi bertemu Brunei, 4 Ogos 2017 dan sorakan berbentuk sama ketika bertemu Singapura dua hari kemudian sekali gus menyaksikan AFC mengenakan denda sebanyak AS$15,000 (RM61,000) bagi setiap kesalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN