Spurs melegakan tekanan yang sedang melanda pasukan mereka ketika ini dengan kemenangan besar ke atas Red Star Belgrade.
Spurs melalui krisis prestasi yang agak rumit pada musim ini dengan hanya 1 kemenangan daripada 7 perlawanan terakhir termasuk kekalahan 2-7 di tangan Bayern Munich.
Bukan itu sahaja, malah masa depan Pochettino di Spurs juga turut menjadi persoalan.
Namun begitu, finalis musim lalu, Spurs, berjaya menang 5-0 ke atas Red Star Belgrade dengan Kane dan Son masing-masing mencetak 2 gol dalam perlawanan ini.
Harry Kane memulakan pembelasahan ke atas Red Star Belgrade dengan gol pertama pada minit ke-9.
Son Heung Min menambah jaringan pada minie ke-16 hasil daripada umpanan Erik Lamela.
Penjaga gol Red Star Belgrade – Bojan – dua kali menafikan peluang keemasan Spurs pada separuh masa pertama, iaitu menafikan percubaan Tanguy Ndombele dan Lamela.
Namun begitu, sebelum rehat separuh masa pertama, Son Heung Min menambah gol ketiga buat Spurs, seminit sebelum wisel rehat separuh masa.
Pada separuh masa kedua, Lamela memiliki beberapa peluang gol. Namun gagal menyempurnakannya.
Akhirnya pada minit ke-57, pemain Argentina itu menjaringkan gol selepas melepaskan diri daripada kawalan pemain lawan.
Pada minit ke-72, Harry Kane menyempurnakan persembahan 5 bintang Spurs dengan gol ke-5, menerusi jaringan jarak dekat.
A great win and something to build on. #COYS #UCL pic.twitter.com/nHKZFcZxWo
— Harry Kane (@HKane) October 22, 2019
Spurs menang 5-0. Dan Pochettino menyatakan, persembahan anak buah beliau dalam perlawanan ini bukti bahawa mereka masih berjuang bersamanya.
Tottenham akan bertandang ke Anfield pada Ahad ini. Kemenangan ini diharap akan menjadi nadi kebangkitan Spurs dalam saingan liga.
Saksikan rangkuman aksi di sini:
https://youtu.be/Mh3qO-cnmBw