Laporan Dan Highlight EPL: Manchester United Belasah Chelsea Pada Hari Debut Frank Lampard

Debut Frank Lampard dalam aksi sebenar/kompetitif bersama Chelsea tidak seindah yang diharapkan. Ini apabila Manchester United membelasah Chelsea 4-0 pada hari pembukaan musim kedua dua kelab.

Ole Gunnar Solskjaer memberikan debut kepada Aaron Wan-Bissaka dan Harry Maguire. Solskjaer kagum dengan kemampuan kedua-dua pemain itu berintegrasi dengan pasukan dengan cepat sekali, terutama sekali Maguire.

Chelsea mendominasi babak pertama perlawanan. Namun begitu, Marcus Rashford terlebih dahulu meletakkan tuan rumah dari titik penalti pada separuh masa pertama. Ini selepas kekasaran yang dilakukan oleh Kurt Zouma.

Bersambung babak kedua, United menambah 3 lagi gol menerusi Martial, Rashford dan ‘debutant’ Daniel James.

Secara umumnya, Manchester United pasukan yang lebih tajam dari segi penyudah dan serangan balas walaupun Chelsea menguasai perlawanan serta jumlah percubaan gol, dan juga sepakan penjuru.

Mason Mount dan Emerson antara 2 pemain Chelsea yang aktif menghadirkan ancaman kepada pihak lawawn.

Chelsea memiliki lebih banyak percubaan gol tetapi mereka gagal mengatasi ketangkasan David De Gea, dan ada percubaan mereka yang terkena tiang gol.

Seterusnya, Chelsea sangat rapuh ketika bertahan sebagai unit. Bahagian pertahanan akhir mereka tidak dilindungi dengan sebaiknya.

Frank Lampard menjadi pengurus Chelsea baru (debutant) yang pertama tewas pada perlawanan pembukaan sejak Avram Grant.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN