Lapangan Terbang Di Portugal Akan Dinamakan Sebagai Cristiano Ronaldo Airport

Sebuah lapangan terbang di Portugal bakal dinamakan sempena pemain terhebat mereka iaitu Cristiano Ronaldo.

Lapangan Terbang Madeira bakal ditukarkan kepada Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo atas penghargaan kepada bintang Portugal itu.

Majlis perasmian

Ronaldo bakal ke majlis penjenamaan semula lapangan tersebut selepas perlawanan menentang Sweden.

Majlis tersebut akan berlangsung pada hari ini.

Selain itu, terdapat juga majlis perasmian tugu yang dibina untuk beliau serta sebuah kompleks hotel yang turut dinamakan sempena nama bintang Real Madrid itu.

Reaksi bercampur baur

Walaupun begitu, keputusan untuk menamakan Lapangan Terbang Madeira kepada nama Cristiano Ronaldo itu tidaklah mendapat reaksi yang positif dari semua pihak.

Hal ini kerana, ada sebahagian daripada pihak tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Contohnya, ahli politik tempatan.

Bagi ahli politik tempatan di Portugal, keputusan untuk menamakan semula nama Lapangan Terbang Madeira kepada Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo adalah keputusan yang kurang tepat.

Hal ini kerana mereka patut namakan kompleks yang berkenaan dengan sukan dengan nama bintang Portugal itu.

“Adalah lebih baik untuk namakan kompleks sukan atau stadium dengan nama beliau dan bukannya lapangan terbang.”

Tambah ahli politik di Portugal, Majlis Bandaraya Madeira tidak boleh sesuka hati nak tukar nama lapangan terbang. Hal ini kerana mereka perlu mendapat kelulusan dari kerajaan pusat terlebih dahulu.

Tetapi bagi Presiden Kerajaan Madeira Miguel Albuquerque, ia bukanlah masalah untuk menghargai pemain tersebut.

Hal ini kerana, Ronaldo telah pun menjadi duta kepada bandar Madeira yang merupakan kampung halaman beliau.

Baca juga: 6 Pasukan Liga Malaysia Bakal Dipotong Mata Jika Tak Bayar Gaji Pemain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN