Jafri Chew Sumbat 2 Gol, Bantu Malaysia Tewaskan Laos 3-1!

Aksi Laos VS Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2017 bagi acara bola sepak lelaki boleh dikatakan acara pelengkap jadual bagi kedua-dua pasukan.

Laos sudah pun tersingkir dari saingan manakala pasukan negara sudah layak ke separuh akhir.

Aksi perlawanan berlangsung dalam tempo yang perlahan di 15 minit pertama perlawanan.

Gambar; FAM

Kesunyian perlawanan ini dipecahkan menerusi Jafri Chew yang menjaringkan gol selepas menolak bola dari jarak dekat untuk meletakkan Malaysia dihadapan pada minit ke-26.

Tidak lama kemudian, Laos kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma menerusi Phanthavong Thanin pada minit ke-31.

Ia terhasil selepas pemain negara menjatuhkan pemain Laos betul-betul dihadapan kotak penalti Malaysia.

Malaysia hampir menjaringkan gol kedua menerusi Syafiq Ahmad hasil satu rembatan yang deras ke pintu gol Laos, namun ia singgah tepat ke penjaga gol lawan.

Pasukan negara berjaya kembali mendahului selepas sepakan Adib Zainudin berjaya menerjah jaring dengan bantuan sedikit pantulan dari pertahanan Laos. Hantaran Adib itu bertukar menjadi jaringan!

Separuh masa kedua menyaksikan tempo permainan masih lagi sama seperti separuh masa pertama.

Akan tetapi, permainan lebih terbuka. Jika di separuh masa pertama, Malaysia lebih banyak menguasai permainan tetapi di separuh masa kedua menyaksikan Laos telah lebih berani untuk menyerang ke kubu pasukan negara.

Ia terhasil menerusi beberapa siri serangan dan juga permainan tukaran hantara antara pemain Laos dihadapan pintu gol Malaysia namun penyudah itu tidak ada pada mereka.

10 minit terakhir permainan menyaksikan pasukan negara kembali menguasai permainan dengan banyak gerakan bahaya diciptakan untuk memperoleh gol ketiga.

Akhirnya gol berjaya dicari selepas Jafri Chew menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan selepas menerima hantaran Syafiq Ahmad!

Secara keseluruhannya, Malaysia beraksi di dengan kadar permainan yang tidak terlalu laju namun mereka berjaya juga memperoleh keputusan yang dimahukan.

Tahniah kepada skuad negara, ayuh ke separuh akhir!

Keputusan penuh, Laos 1-3 Malaysia.

Kesebelasan utama

Laos: Paseuth Saymanolinh (penjaga gol), Somphoupheth Santi, Sonthanalay Khampanh, Phapphakdy Anouwath (Champathong Khitsakhone), Sipasong Bounthavy (ketua pasukan), Phanthavong Thanin, Phommathep Phathana, Lounlasy Lathasay, Kongmathilath Phitack (Vannaxay Sonesavanh), Khochalern Phoutthasay, Natphasouk Soukchinda

Malaysia: Ifwat Akmal (penjaga gol), Syazwan Bahari, Adib Zainudin (ketua pasukan), Syahmi Safari, Ariff Farhan (Syazwan Andik), Irfan Zakaria (Adam Nor Azlin), Amirul Hisyam, Daniel Amier, Syafiq Ahmad, N. Thanabalan (Akhyar Rashid), Jafri Chew

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN