Langkah Kanan Manzoor Azwira Saat Kembali Ke ‘Pejabatnya’

Manzoor Azwira kembali ke 'pejabatnya' 2023

Selepas hampir setahun, Manzoor Azwira akhirnya kembali ke ‘pejabatnya’ dan menghadiahkan tiga mata pertama buat Penang bagi musim ini.

Penang berjaya merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Perak, malam tadi.

Kali terakhir Manzoor mengendalikan Penang adalah pada 17 Mei 2022, secara sementara sebelum pelantikan Datuk Zainal Abidin Hassan. Ketika itu Penang tanpa pengendali apabila Tomas Trucha diputuskan untuk dilepaskan akibat deretan keputusan negatif di awal musim lalu.

Kini, Manzoor terpaksa mengambil alih pasukan buat sementara apabila pengendali, Chong Yee Fatt diarahkan oleh doktor untuk berehat sekurang-kurangnya enam minggu akibat menghidap ‘Acute Ischemic Heart Disease’.

Dan penyokong Penang sudah maklum tentang kemampuan pengendali berusia 46 tahun itu dan mereka sememangnya ternanti-nanti sentuhannya.

Diketahui umum, Manzoor dalam proses melengkapkan lesen Pro Diploma AFC dan masih belum boleh mengambil alih pasukan secara sepenuhnya.

Beliau merupakan jurulatih yang amat arif dengan corak permainan yang mahu ditampilkan oleh pasukannya waima pemainnya silih berganti.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Zuraimi Zukri, Penang adalah pasukan yang paling tinggi membuat pertukaran pemain saban musim. Dalam tiga musim terkini mereka telah menggunakan 78 pemain berbeza.

Jadi, bayangkan bagaimana corak permainan mereka diilhamkannya.

Jika kita masih ingat, bagaimana beliau mencorakkan Penang untuk dua kali meraih promosi ke Liga Super – kali pertama dalam sejarah Liga Malaysia. Ia berpunca daripada masalah tunggakan gaji musim 2019

Penang meraih promosi untuk ke Liga Super 2020, namun dek kerana masalah tunggakan gaji musim sebelumnya, mereka telah dipotong enam mata oleh FIFA menyebabkan tiket promosi yang diraih telah terlepas.

Kurang 24 jam sahaja mereka dapat meraikan kejayaan mara ke Liga Super yang kali terakhir beraksi pada musim 2017. Segalanya hancur musnah.

Tetapi bagi Manzoor, ia tidaklah hancur musnah. Beliau membina semula skuad yang baharu untuk akhirnya muncul juara Liga Premier 2020.

Sekali lagi pengendali berusia 46 tahun itu menghadiahkan tiket promosi buat penyokong Harimau Kumbang, malah ia lebih membanggakan.

Malah, hasil kepakarannya yang bertugas di belakang tabir pada musim 2021 menyaksikan Penang meraih kedudukan ke-3 Liga Super 2021.

Ini diakui sendiri oleh bekas pengendali, Tomas Trucha yang dilantik pada musim 2021 atas faktor Manzoor tidak memiliki kelayakan diperlukan.

Musim ini, prestasi mereka masih terumbang ambing dibawah kendalian Yee Fatt dan belum ada kemenangan mampu dicipta selepas lima aksi. Barangkali rezeki buatnya di saat musibah melanda Yee Fatt, beliau dibenarkan mengemudi sementara dan menghadiahkan tiga mata dinanti.

Alhamdulillah, kemenangan yang pasukan tunggu termasuk penyokong. Ini akan menambahkan semangat pasukan dan juga memberi kami petanda positif bagi perlawanan seterusnya,” ungkapnya di sidang media.

Tambahnya lagi, “Sebenarnya perbezaan mata tak jauh dengan pasukan lain. Buat masa ini, kami akan fokus untuk perlawanan akan datang di tempat lawan iaitu bertemu dengan Kedah – sebuah pasukan yang kuat.

Beliau mengharapkan jurang mata antara pasukan lain tidak menjadi besar dengan memburu keputusan-keputusan positif untuk aksi selepas ini.

Penang melonjak keluar sedikit dari zon penyingkiran selepas kemenangan semalam dan berada di tangga ke-8 dengan mengumpul lima mata.

Malam ini akan berlangsung tiga lagi perlawanan yang bakal menentukan kedudukan sebenar pasukan selepas Manzoor kembali ke ‘pejabatnya’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN