Tekanan semakin memuncak buat Selangor yang kini prestasi mereka sedang berada dalam keadaan yang tidak baik.
Penyokong kini sudah semakin hilang sabar dan ada desakan yang mahukan jurulatih iaitu Michael Feichtenbeiner untuk disingkirkan.
Malah, ada yang mengatakan perlawanan pada malam ini akan menjadi detik terakhir jurulatih dari Jerman itu seandainya mereka tersingkir dalam saingan Piala FA ditangan Kuala Lumpur City.
Menyedari maruah dan potensi akan terus tidak berjaya untuk saingan seterusnya, penyokong Selangor telah melancarkan perang saraf terhadap pasukan sendiri untuk memastikan kejayaan diraih malam ini.
Gerakan ultra Selangor iaitu UltraSel telah melancarkan perang saraf terhadap pasukan untuk menyedarkan betapa pentingnya memenangi Piala FA musim ini.
Ini sekali gus membolehkan mereka untuk layak ke saingan Asia musim hadapan.
Dalam sebuah rakaman yang dikongsikan di media sosial, pengikut UltraSel sedang menyiapkan kain rentang yang tertulis “Ayuh Pergi Asia Bossku” yang sebelum ini pernah ditayangkan ketika perlawanan akhir Piala FA 2018 menentang Pahang.
Kain rentang itu kemudiannya dipasangkan di sekitar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan jalan-jalan yang menghampiri tempat itu.
Ini tidak lain daripada ingin menyampaikan mesej kepada Selangor agar serius mengubah nasib pasukan selepas beraksi buruk kebelakangan ini.
Anda boleh saksikan video tersebut di bawah:
Nampaknya penyokong Selangor terus menekan pasukan supaya memperoleh kemenangan pada malam ini. Misi ke Asia atau sebaliknya?? pic.twitter.com/w4HetVai1W
— Kamilan Sugarya (@KamilanSugarya) July 8, 2022