Sejak tiba di Chelsea dari Borussia Dortmund pada 2019, kelibat Christian Pulisic sering dianggap memberikan impak yang positif kepada pasukan.
Gerakan lincah beliau yang berani berhadapan dengan pemain lawan membuatkan pemain Amerika Syarikat itu merupakan aset penting Frank Lampard dalam skuadnya.
Oleh demikian, ianya bukanlah perkara aneh untuk melihat pengurus berasa yakin akan kemampuan pemain itu.
Sering kali pemain yang hadir datang dari Bundesliga dilihat mengalami kejutan iklim bola sepak apabila tiba di Premier League, namun ianya tidak kelihatan dalam diri Pulisic.
Pada pengamatan Lampard, ianya adalah satu kelebihan buat Pulisic untuk menjadi salah seorang pemain yang berjaya di liga England.
“Saya pernah bermain di Amerika Syarikat selama 18 bulan dan apa saya dapat katakan saya tidak memandang rendah semangat yang ada dalam jiwa pemain negaara itu.”
“Mereka mahu belajar, memperbaiki diri serta mendapatkan ilmu dan memahami aspek teknikal sukan ini. Semangat itu ada dalam diri Pulisic dan itu menjadikan beliau bakat yang hebat dan saya tidak pernah meraguinya,” kata Lampard menerusi ESPN.
Lampard menyedari pemain dari Amerika Syarikat sering kali diselubungi dengan stigma yang mereka dianggap sebagai “pemain yang cetek kesedaran taktikal” seperti pemain di Eropah.
Namun melihat kepada persembahan Pulisic terutamanya pada musim lalu, Lampard mengatakan pemain muda itu mempunyai masa depan yang brgitu cerah dalam bola sepak.
Pulisic merakamkan sembilan jaringan dan empat bantuan gol dalam 25 penampilannya musim lalu.
Baca juga artikel kami mengenai Christian Pulisic:
Christian Pulisic Tidak Mahu Dibandingkan Dengan Eden Hazard
Frank Lampard: Christian Pulisic Mampu Setanding Mane, Salah & Sterling
Frank Lampard Gembira Impak Berkesan Christian Pulisic Atasi Aston Villa