Lampard Tembak Balik Jose Mourinho Yang Pertikai Pemilihan Mason Mount

Frank Lampard telah membalas balik kritikan Jose Mourinho mengenai pemilihan pasukannya menentang Man. United serta pemilihan Mason Mount selepas kekalahan 4-0 kepada Manchester United pada Ahad lalu.

2 gol daripada Marcus Rashford serta 1 masing-masing daripada Anthony Martial dan Daniel James memastikan kemenangan United ke atas Chelsea di Old Trafford.

Mourinho, yang menjadi pundit Sky Sports, mengkritik Lampard, menuduh pengurus baharu Chelsea itu seperti seolah-olah sengaja mencari susah dengan pemilihan pasukan yang dibuat.

Lampard menyisihkan beberapa pemain berpengalaman dan menggunakan pemain seperti Mason Mount, Christiansen dan Tammy Abraham dalam perlawanan besar seperti itu. Mourinho juga berpendapat bahawa N’Golo Kante sepatutnya memulakan permainan dan mempersoalkan keputusan untuk menyisihkan Willian daripada skuad.

Apabila Lampard diberitahu mengenai kritikan Mourinho terhadap Mount, Abraham dan Christensen, Lampard menjawab: “Dia tidak suka persembahan Mason Mount? Adakah itu apa yang dia katakan? Adakah dia [yang katakan]?”

“Saya tidak boleh mengheret pemain keluar daripada bilik perubatan, walaupun mereka pemain berpengalaman ataupun tidak.”

Lampard menganggap kritikan ke atas 3 pemain tersebut terutama sekali Mason Mount sebagai tidak adil.

“Ini adalah para pemain yang tersedia dan boleh kami turunkan. Dan jelas sekali kami pasukan lebih dalam selama 45-60 minit perlawanan.”

“Apa yang jelas, kami membuat kesilapan individu yang membawa kepada 4 gol daripada 5 percubaan mereka. Jadi ada realiti perit untuk kita terima.”

“Saya tidak perlu terlalu ambil peduli tentang apa yang dikatakan orang lain, pundit atau sesiapan sahaja, mereka memang harus bercakap.”

“Pada masa yang sama, apa yang jelas, inilah skuad yang kami ada dan saya percayakan skuad ini. Sekiranya kita menamatkan ke separuh masa dengan 2 atau 3 kali, jika kita lebih klinikal dan mungkin ada beberapa elemen nasib di sana sini, permainan itu pastinya berbeza.”

Walaupun Mourinho mungkin ada hujah untuk mempertahankan pandangan beliau tentang pemilihan pemain seperti Christiansen dan Abraham, tetapi statistik Mason Mount sebenarnya sangat bak dalam perlawanan ini.

Beliau mencipta 4 gol untuk rakan-rakannya.

Beliau banyak menyusahkan Man. United dengan gerakan di antara garisan – zon 14 – serta memenangi bola sebanyak 8 kali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN