Lampard: “Kalau Penyokong Tak Percayakan Kami, Jangan Datang Stadium”

Frank Lampard

Pengendali sementara Chelsea, Frank Lampard memberikan kata dua kepada penyokong kelab itu yang meragui akan kemampuan pasukan.

Hal ini kerana, keyakinan nyata rendah dalam kalangan penyokong Chelsea selepas musim yang begitu teruk sambil mereka bakal menerima kedatangan Real Madrid pula selepas ini dalam saingan Eropah.

Menjelang aksi Eropah bertemu Real, Lampard berasakan yang beliau seolah-olah tidak perlukan sokongan daripada mereka yang tidak yakin.

Dalam erti kata lain, Lampard tidak mahu mereka ke stadium jika tidak yakin pada kekuatan pasukan.

“Kami mempunyai peluang terbaik untuk menentang pasukan yang hebat dan kami akan peluang itu sebaiknya.

“Datanglah dengan penuh keyakinan, dengan rasa percaya, kalau tidak, seperti yang saya katakan kalau anda berasa risau, jangan datang,” kata Lampard menerusi Daily Mail.

Ada juga yang mengatakan Chelsea mempunyai peluang untuk mencipta semula sejarah 2012 apabila menjuarai gelaran Eropah menggunakan pengendali sementara.

Ketika itu, Roberto Di Matteo memimpin Chelsea menjadi johan Eropah dengan membenam Bayern Munich di perlawanan akhir.

Namun begitu, Lampard tidak mahu penyokong terlalu ikutkan perkara tersebut.

“Saya tak rasa yang sejarah akan ada kesan yang besar, tetapi saya faham ianya adalah sebuah idea yang romantis.

“Ramai yang nak tengok ianya berulang bukan? Oleh itu, kami perlu berusaha ke arah itu,” kata Lampard lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN