Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengatakan beliau menghormati Ajax Armsterdam tetapi tidak gentar apabila pasukannya dijadualkan bertemu dengan Juara Belanda itu dalam perlawanan peringkat kumpulan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok.
Ajax yang tewas kepada satu lagi kelab London, Tottenham Hotspur di peringkat separuh akhir musim lepas kini masih mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus untuk saingan UCL musim ini selepas menundukkan Lille dan Valencia kedua-duanya dengan keputusan 3-0.
Sementara itu, Chelsea yang merekodkan lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan sebelum ini akan berkunjung ke Armsterdam dan mengharapkan mereka meraih sesuatu dan dapat memperbaiki kedudukan dalam kumpulan H.
BBC Sport pundit Garth Crooks: “Chelsea are not the force they have been in the past but with Hudson-Odoi, Tammy Abraham, Mason Mount, Fikayo Tomori and Kurt Zouma – plus a little bit of luck and a fair wind – they could be winning trophies in two years.” pic.twitter.com/RsAgIOHXVr
— Vince™ (@Blue_Footy) October 22, 2019
Chelsea kini mengumpul tiga mata dan berada di kedudukan ketiga selepas tewas kepada Valencia dalam perlawanan pertama di tempat sendiri dan kemudian berjaya membawa pulang tiga mata ketika bertandang ke Lille.
Selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Newcastle hujung minggu lepas, tumpuan Lampard kini segera dialih kepada pertemuan dengan Ajax dengan sebahagian penulis dan wartawan bola sepak beranggapan Lampard dalam keadaan takut dan risau sewaktu bercakap dalam sidang media pra-perlawanan.
“Saya menghormati Ajax kerana saya lihat cara mereka bermain musim lepas dan saya perhatikan mereka semakin baik sejak kebelakangan ini. Namun saya sedar dengan ancaman yang mampu mereka berikan,” jawab Lampard.
Well said, boss. 🗯#UCL #ajache
— AFC Ajax (@AFCAjax) October 22, 2019
“Untuk berkunjung ke tempat lawan dalam UCL sememangnya sukar, lebih-lebih lagi mereka telah menang dua perlawanan sebelum ini.
“Tapi itu tidak menjadi asbab untuk gentar dengan mereka. Kami sememangnya sangat menghormati mereka sebagai pasukan yang hebat, tetapi kami mempunyai keyakinan pada kemampuan diri sendiri.
“Pada kami, lima kemenangan sebelum ini tidak memberi apa-apa makna. Ianya ternyata ujian yang berbeza, jadi selepas menumpaskan Newcastle amat penting untuk kami segera menumpukan perlawanan seterusnya ini.
Frank Lampard so far.
– Took a team who just lost its best player & with transfer ban, & doing pretty well
– Returned the feel good factor to SW6
– Promotes quality academy graduates
– Sold deadwoods like Baka & Zappacosta
– Making Chelsea interesting to watch.• My Manager 💙 pic.twitter.com/I9432yjS5b
— Williams ©️ (@CFCNewsReport) October 20, 2019
Dengan Chelsea terpaksa bergantung kepada pemain muda pada musim ini berikutan denda penggantungan perpindahan pemain, ianya tidak jauh berbeza dengan pasukan Ajax yang banyak menghasilkan pemain muda dari akademi mereka.
Namun begitu, sekalipun Lampard mengakui ianya satu model yang baik, beliau percaya perjalanan pasukannya untuk menyamai pencapaian atau model pembangunan bakat di kelab Belanda itu masih jauh.
“Kami tidak boleh berpuas hati dengan keadaan sekarang. Kejayaan adalah untuk jangka masa panjang, jadi kami perlu terus bekerja,” tambah Lampard lagi.
Chelsea's next 7 fixtures !🔥
Newcastle (H)
Ajax (A)
Burnley (A)
Man Utd (H)
Watford (A)
Ajax (H)
Palace (H)How many W's will we get from these games? 💙#CFC pic.twitter.com/jSfTgNRETn
— . (@CFCBilly_) October 17, 2019
“Tetapi saya rasa, ada perkara yang boleh dibanggakan untuk apa yang kami telah capai waktu ini dan ianya satu perasaan yang baik berada di sini buat masa sekarang.
Chelsea akan menghadapi perlawanan ini tanpa khidmat Ross Barkley, N’Golo Kante, Andreas Christensen dan Antonio Rudiger.
Barkley mengalami kecederaan buku lali dalam perlawanan Sabtu lepas sementara Kante pula masih belum sembuh dari kecederaan pangkal paha yang dialaminya semasa tugasan antarabangsa minggu lalu.
Pemain pertahanan Christensen turut ditimpa kecederaan semasa bersama skuad kebangsaan Denmark dan Rudiger pula baru sahaja kembali menjalani latihan ringan bersama pasukan.