Lamine Yamal Pecah Rekod ‘El Clasico’ Sejak 77 Tahun Lalu

Bintang muda Barcelona iaitu Lamine Yamal menempa sejarah tersendiri dalam pertembungan El Clasico membabitkan pasukan itu menentang Real Madrid awal pagi tadi di Santiago Bernabeu.

Beraksi di gelanggang lawan, ia bukan suatu masalah buat skuad kendalian Hansi Flick untuk meneruskan momentum lima kemenangan berturut-turut mereka dengan kali ini Real Madrid menjadi mangsa amukan Barcelona.

Empat jaringan masing-masing diledak oleh Robert Lewandowski (2 gol), Lamine Yamal, serta Raphinha untuk mengaibkan pasukan tuan rumah.

Tumpuan gol sudah tentu terarah kepada Yamal yang tampil mencipta rekod tersendiri dalam aksi El Clasico ini apabila beliau menamatkan dominasi 77 tahun selaku penjaring termuda.

Menerusi jaringan beliau pada ke-77, Yamal mengetepikan rekod Alfonso Navarro yang juga merupakan pemain Barcelona sejak tahun 1947.

Ketika itu, Navarro berusia 17 tahun dan 365 hari pada tahun 1947 sebelum kini dipintas oleh Yamal yang berumur 17 tahun 105 hari sekali gus menjadikan bintang muda itu terus mencipta sensasi musim 2024/2025.

Musim ini sahaja menyaksikan Yamal sudah pun diberi peluang beraksi sebanyak 14 perlawanan untuk saingan LaLiga serta UEFA Champions League (UCL) dengan begitu konsisten.

Rekod menyaksikan Yamal sudah pun meledak enam gol bersama tujuh bantuan jaringan bersama kelab tersebut, walaupun baru sahaja berusia 17 tahun.

Di pentas antarabangsa, nama Yamal terus menjadi sebutan ramai ekoran pengaruh beliau di atas padang bersama Sepanyol dalam saingan Euro 2024 lalu walaupun tampil pada usia cukup muda.

Sepanjang saingan Euro berlangsung, Yamal menjadi antara watak penting membawa pasukan itu mara ke pentas akhir sebelum mereka menewaskan England menerusi keputusan 2-1.

Malah, beliau juga dinobatkan selaku pemain muda terbaik kejohanan itu selepas cemerlang mencipta satu gol serta empat bantuan jaringan secara keseluruhan.

Pada usia masih muda, Yamal bukan sahaja menjadi pilihan utama buat kelab gergasi seperti Barcelona, malah beliau turut mengetepikan nama-nama besar lain untuk menempatkan diri buat skuad kebangsaan Sepanyol.

Sudah tentu kini Yamal memiliki misi lebih besar untuk memastikan Barcelona sekurangnya meraih kejuaraan domestik serta membawa kelab itu mara lebih jauh dalam saingan UCL bawah kendalian Hansi Flick.

Sumber:
Foto: Barcelona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN