Lambat Bagi Tawaran Rasmi, Zamsaham ‘Malas’ Tunggu Vida

Peluang untuk penyokong bola sepak Kelantan melihat perubahan baharu dalam pemilikan kelab kesayangan mereka mungkin tidak kesampaian pada pertengahan atau penghujung musim ini.

Apa tidaknya, sehingga kini pemilik Kelantan iaitu Norizam Bin Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham mengesahkan tiada mana-mana individu menawarkan diri untuk menerajui kelab bola sepak tersebut.

Malah, Zamsaham juga mengakui di Facebook  beliau tiada sebarang tawaran dibuat oleh usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Seri Vida untuk menjadi pemilik Kelangan seterusnya.

“Ada tak pilihan lain untuk menerajui pasukan Kelantan selain Dato Vida? Untuk pengetahuan semua, setakat hari ini (semalam) belum ada penawaran rasmi lagi dari beliau,” jelas Zamsaham.

Sebelum ini, Vida tampil menerusi kenyataan untuk mengambil alih bola sepak Kelantan dengan beberapa jaminan turut dibuat supaya tidak menghampakan para penyokong The Red Warriors (TRW) selepas ini.

Jelas Vida, beliau tidak mempunyai tujuan lain dengan menegaskan hanya ingin memfokuskan tentang pengurusan kelab secara profesional sahaja tanpa membabitkan perniagaan alat kosmetik seperti sebelum itu.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

“Kali ini benar-benar saya sedia ambil alih Kelantan FC, di mana anak saya Kacak (Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin) akan menguruskan sepenuhnya pasukan demi menyelamatkan TRW (skuad The Red Warriors)

“”Kita tak akan buat begitu (jadikan TRW alat pemasaran syarikat). Kalau jadi, anak saya yang akan uruskan pasukan Kelantan kerana saya lihat anak saya amat minat dengan bola sepak.

“Disebabkan minat mendalam, saya percaya Kacak boleh membawa semula kegemilangan TRW yang dah hilang sekarang ke tahap membanggakan.

“Saya hanya berada di belakang tabir dan tak akan gunakan TRW untuk syarikat. Malah, kalau sebelum ini saya pernah tukar warna TRW kepada warna ‘pink’ (merah jambu) sebelum ini, tapi kali ini tidak sebab saya takkan campur hal syarikat dengan pasukan,” katanya menerusi Harian Metro.

Walaupun begitu, sehingga kini Zamsaham mengesahkan tiada sebarang tawaran rasmi telah dibuat oleh Vida kepada beliau dalam usaha untuk menjadi pemilik Kelantan seterusnya.

Malah, segelintir penyokong Kelantan juga menganggap kenyataan Vida sebelum itu sebagai suatu bentuk publisiti untuk menaikkan nama beliau tatkala kemelut itu melanda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN