Laman Transfermarkt Sahkan Manuel Ott Kini Pemain Baharu Terengganu

Manuel Ott

Belum pun pengumuman rasmi dilakukan, pemain baharu Terengganu iaitu Manuel Ott sudah pun disahkan bakal menyertai pasukan tersebut untuk musim hadapan.

Beliau yang sebelum ini sering disebut-sebut bakal ke Pantai Timur, kini dilihat sudah pun mengesahkan kehadiran ke Terengganu selepas meninggalkan Melaka United.

Semuanya terungkai menerusi sebuah laman profil dan statistik pemain bola sepak iaitu transfermarkt.com yang telah mengesahkan penyertaan Ott ke Terengganu.

Ott kini menjadi pemain import kelima yang menyertai Terengganu musim ini selepas mereka mendapatkan Kpah Sherman, Tcheche Kipre, Pape Diakite dan Luke Woodland.

Laman tersebut yang menyediakan data dan statistik jutaan pemain dari pelbagai liga dari seluruh dunia meletakkan nama Terengganu FC di profil Ott.

Manuel Ott
Tangkap laya dari laman transfermarkt.com yang mengesahkan penyertaan Manuel Ott ke Terengganu. GAMBAR: transfermarkt.com

Dari laman itu juga mendapati yang kontrak yang diikat hanyalah setahun sahaja antara Ott dan Terengganu dengan ianya akan berakhi pada akhir November 2022.

Kehadiran Ott pastinya akan memberikan tenaga baharu kepada pasukan Terengganu di bahagian tengah selepas persembahan yang baik ditunjukkan olehnya ketika bersama Melaka.

Pada musim ini, Ott begitu cemerlang bersama Melaka apabila menjadi pemain yang bermain kesemua 22 perlawanan Liga Super sambil membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN